Aidilfitri 2017


- 1 Julai 2017 -

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin,
kepada pembaca muslimin muslimat blog tyara NY.



Dengan ingtan tulus ikhlas,
dari kami berdua - tyara NY & anakanda Emir Armand.

Semoga Syawal diraikan dengan rasa gembira dan bahagia (^_^)


Dikesempatan ini juga,
Aku ingin ucapkan sekali lagi,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada,


1. Seluruh Famili GOS & Famili GAZ,
Tak dapat nak sebutkan satu-satu nama, ramai sangat!

_________________________________________________________________________________________


2. Sahabat & BFF,
Eric Lee, Lyana Zulkifli, Hazel & Amy.

Sahabat, saudara baru Eric Lee, terima kasih kerana sentiasa ada ketika Aku memerlukan seseorang. Terima kasih tak terhingga untuk banyak perkara yang tak tertulis di sini. Siapa sangka, siapa duga, saudara baru seperti kau yang membantu Aku bangkit dari 'kejatuhan'. Tanpa sokongan, bantuan, usaha dan dorongan kau, tak mungkin Aku dapat kembali berdiri teguh hari ni. TERIMA KASIH, AKU SANGAT HARGAI SEGALA YANG TELAH KAU LAKUKAN UNTUK AKU.. Namun maaf, jika penolakan Aku telah buatkan kau rasa sedih dan sakit. Maaf kerana Aku tak dapat, tak boleh berikan permintaan kau yang satu tu. Aku harap kau, kita tetap bersahabat dalam mencari laluan Ilahi seperti selalu. Kerana tak mustahil kita dapat membawa satu sama lain ke syurga walaupun sebagai sahabat..

Sahabat terbaik, Lyana Zulkifli, terima kasih kerana menjadi sahabat terbaik dunia akhirat, yang paling tulus dan ikhlas di antara semua sahabat. Terima kasih atas segala kebaikan yang dicurahkan tanpa jemu sejak kita kenal dulu sehingga kini. Aku nak kau tahu "AKU SAYANG KAU" kak. Untuk kehilangan besar yang kau lalui ketika ini, Aku tak mampu untuk berjanji, tapi Aku akan cuba sentiasa ada untuk kau pula pada bila-bila masa. Kerana 'sahabat kita kepada kita adalah tanggungjawab kita' - itu adalah kau kak. Kau ada Aku. Dah sampai giliran Aku, insha Allah.. (^_^)

Sahabat - Hazel & Amy, terima kasih atas ingatan yang sentiasa ada pada Aku. Maafkan Aku andainya persahabatan yang terbina dulu, kini terasa jauh dan renggang. Adakalanya kita kena dan perlu buat yang terbaik demi kebaikan diri sendiri. Tiba waktunya kita perlu berubah - kepada sesuatu yang lebih baik dan bernilai. Aku perlukan mereka, kelompok yang terbaik untuk menjadikan diri lebih baik. Aku perlukan tu, Aku ingin menuju ke sana. Tapi itu bukan bermakna kau tidak baik, tapi kerana Aku sendiri yang tak cukup bagus dan baik sebagai sahabat, MAAFKAN AKU. 

_________________________________________________________________________________________


3. Lelaki yang Aku suka.. IK
Hai awak, Selamat Hari Raya :)

Terima kasih kerana telah mencuri hati Aku.. Sehinga kini, walaupun kau tak pernah tahu Aku suka, Aku tak kisah. Kerana rasa suka pada kau sudah memadai untuk mengisi kekosongan hati. Andainya kau tahu, Aku sentiasa ambil tahu perihal kau, Aku sentiasa mengikuti perkembangan kau di kejauhan, Aku sentiasa 'menjaga' dan mengambil berat tentang kau dari sini.. Moga suatu hari nanti kau sedar dan tahu kewujudan Aku di sudut ini. Andainya kau tahu, kau sentiasa ada dalam setiap doa Aku, kau sentiasa dalam ingatan walau dimana Aku berada, kau sentiasa didalam hati walau mereka yang lain berusaha memasukinya. Aku tetap utuh dan teguh pada rasa Aku terhadap kau dengan sekelumit harapan. Semoga doa Aku dikabulkan dan 'ia' adalah kau. Andainya rasa pada kau ini betul, penantian ini berbaloi, insha Allah kita akan bertemu jua dengan cara dan aturan Allah. Insha Allah.. AKU SUKA KAU.

_________________________________________________________________________________________


4. Team Onexox & User Onexox,
dibawah kendalian Aku dan kenalan dealer ++

Terima kasih kepada pihak DMT/pengurusan Onexox kerana meletakkan Aku dalam senarai dealer  di laman rasmi Onexox. Kerana itu Aku sentiasa menerima prospek yang ingin menukar/menggunakan telco Onexox! *walaupun jarang sangat promo di media sosial* Boleh dikatakan 99% prospek Aku adalah mereka yang layari laman rasmi Onexox. Disebabkan KELEBIHAN tu, Aku tak perlu kerap buat promo + boleh fokus kerja dan biz lain *jangan marah haaa* TERIMA KASIH CEO Onexox Arie Sham, geng dealer  Asman, Rusdee, Faizal, Yon ++  *update  info sebab Aku selalu 'tertinggal keretapi. hohoho* Tak lupa juga kepada semua user  terutama mereka yang war-war dan perkenalkan Onexox kepada umum seterusnya bawa prospek terus kepada Aku. TERIMA KASIH SEMUA (*_^)

_________________________________________________________________________________________


5. Ex-Boss  tempat-tempat kerja lama,
Haji Kamal, Haji Yusof & Norazlina.

Terima kasih atas ingatan, peluang dan kepercayaan yang diberikan, terutama Prof Haji Kamal yang sentiasa tawarkan peluang-peluang *antaranya besar* untuk bekerjasama. Aku sangat hargai segala peluang tu, maaf kerana terpalsa menolak. Terima kasih juga untuk segala kelebihan, keistimewaan dan kebaikan bos-bos sewaktu menjadi majikan dulu dan sehingga kini. Semoga Allah membalas kebaikan bos semua. Insha Allah suatu hari nanti Aku pasti terima salah satu peluang tu sebab dah larat jadi kuli *hohoho!* Macam tak lama lagi jeee (^o^)

_________________________________________________________________________________________


6. Semua  supplier  customer  biz secoet Aku,
Onexox, Catalyst, Mary Jardin, Ephyra, Secretleaf ++

Terima kasih customer semua.. Terima kasih menjadi pelanggan setia dan perkenalkan Aku kepada orang lain. Samada supplier atau customer, dari hubungan penjual-pembeli, kebanyakannya kita telah menjadi kawan! TERIMA KASIH kerana memilih untuk membeli belah di kosmetik2u.MY! Pada ketika ini, Aku sedang plan dan berusaha untuk menjadikan kosmetik2u.MY butik di alam nyata selain alam maya seperti yang disarankan.. Wish me luck!

_________________________________________________________________________________________

Maaf Zahir Batin,
Semoga kita semua diberkati 
Dan sentiasa dalam lindungan serta rahmatnya.


No comments :

;