Nukilan Ramadhan 2017


- 20 June 2017 -

Assalamualaikum.




Selamat Berpuasa Semua!

Hohoho! Dah nak hujung puasa baru nak ucap selamat? Bz kerja oiii! (-,-)" Hhmmm.. Tinggal beberapa hari je lagi Ramadhan, macam mana Ramadhan korang? Best ke best? Mesti best kan? Aku? Alhamdulillah seadaanya, walaupun tak semeriah mereka-mereka yang post di FB. Aku tetap happy meraikan Ramadhan dan menjalani ibadah puasa. Yang tak bestnya, pembuka dan penutup puasa ABC la pulak! Jenuhhh laaa!! Huhuhu.

Okey Ramadhan kali ni kat tempat kerja baru, suasana baru, orang-orang baru. Bersahur kat tempat kerja, berpuasa kat tempat kerja, berbuka pun kat tempat kerja. HARI-HARI. Kesian kan? (",) Bukannya tak tahu bulan puasa ni meriah dengan makanan kat param. Tapi Aku ni, jangan kata nak pergi param, nampak param pun belum lagi sepanjang puasa tahun ni. Dari hari pertama, hari-hari plan, tapi sampai ke sudah tak jejak jugak param (-,-)" Punya la teringin nak makan kuih-kuih + makanan yang biasa Aku beli setiap kali puasa. Terbayang kuih badak berendam, kuih koci, kuih lopez, roti jala, krim karamel, agar-agar buah kiwi/strawberi/mangga, laksam bla bla bla. Tak dapat lagi salah satu tu, belum merasa lagi Ramadhan kali ni. Terbayang sampai terasa la kat tekak! (x_x) Kesian Aku.. 




Walaupun tak berpeluang lagi pergi param, tak merasa lagi makanan kegemaran puasa, Aku dipermudahkan dan 'diberikan' makanan dengan cara lain *tapi tetap tak dapat apa yang Aku teringin tu* (",) Ramadhan kali ni Aku dilimpahkan dengan juadah bersahur dan berbuka bermacam jenis! PERCUMA. Alhamdulillah.. Percuma sebab kerja Aku rasa makanan (QC). Dalam bulan puasa ni, Aku rasa sikit setiap makanan dengan lidah kemudian luahkan balik *dugaan wooo. jangan nak kata batal puasa pulak yeee* Oppsss! Tak lupa juga simpan semangkuk atau sepinggan makanan yang Aku suka untuk bersahur dan berbuka. Best kan? Tak penat ke param, tak keluar duit. 

Selain makanan yang Aku QC, Aku juga dapat banyakkk buah AVOKADO. PERCUMA jugak! Hohoho. Banyak sampai tak termakan dok perap dalam peti ais (",) Avokado mahal wehhh! Kat TTDI dulu Aku selalu beli sebiji RM5, kat NSK pulak 3 biji RM10. Kali ni Aku dapat free  je, fresh pulak tu! Alhamdulillah rezeki Ramadhan (^_^) Terima kasih Kak Mina. Teringat dialog kami, Kak Mina kata "Kalau nak lagi cakap la, pokok pun saya bagi kat adik.." Aku jawab "Oraittt terima kasih kak. Kalau macam tu, selagi ada buah kat pokok hantar la kat saya" dibalasnya "Okey nanti akak bawak lagi.." Huhuhu. Macam-macam la Aku buat dengan avokado tu. Bagi famili, tepek kat muka buat masker, makan cicah dengan aiskrim + coklat, buat ice blended bla bla bla. Resepi? Nanti Aku kongsi resepi okey!

No comments :

;