Tuntutan PERKESO/SOCSO


- 15 Mac 2017 -

Assalamualaikum.

WARIS PENCARUM SOCSO KENA AMBIL TAHU INI.



TAHUKAH ANDA?

Jika berlaku kematian kepada pencarum  sebelum berusia 60 tahun, anak-anak si mati yang berusia bawah 21 tahun layak mendapat elaun bulanan sehingga berusia 21 tahun atau sehingga berkahwin (yang mana terdahulu). WARIS SI MATI IAITU ISTERI AKAN MENDAPAT ELAUN BULANAN SEPANJANG HAYAT.

Pencarum yang meninggal dibawah usia 60 tahun dan memenuhi syarat-syarat kelayakan caruman; balu/ duda/ anak-anak dibawah usia 21 tahun kepada si mati akan mendapat faedah PENCEN PENAKAT diantara 50% - 60% dimana jumlah peratusan ini dikira adalah berdasarkan jumlah caruman yang telah dibayar oleh pencarum dari mula bekerja sehingga bulan sebelum kematiannya.

Manakala gaji yang diambil kira pula adalah berdasarkan gaji purata pencarum bagi tempoh 24 bulan sebelum kematiannya. Pecahan bayaran pencen pula adalah sebanyak 3/5 kepada balu/duda dan 2/5 kepada anak sehingga mencapai usia 21 tahun jika belum berkahwin atau sehingga habis ijazah pertama jika masih belajar.

Oleh kerana pengiraan dibuat berdasarkan jumlah caruman yang telah dibayar, jika pencarum telah berhenti kerja sekalipun dan jumlah carumannya memenuhi syarat kelayakan caruman, maka TUNTUTAN UNTUK PENCEN PENAKAT ini masih layak. Tapi jika sekiranya carumannya tidak memenuhi syarat kelayakan caruman, maka tuntutan yang dibuat adalah dikira tidak layak. Syarat-syarat kelayakan caruman ini termaktub dan dijelaskan dalam AKTA KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA 1969.

Salah satu syarat kelayakan caruman bagi PENCEN PENAKAT ini ialah pencarum mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun caruman. PENCEN PENAKAT ini adalah di bawah SKIM KEILATAN yang melindungi pekerja dari keilatan/penyakit yang serius dan juga kematian biasa yang bukan akibat dari pekerjaannya.

Tetapi bagi SKIM BENCANA PEKERJAAN yang melindungi kemalangan atau kematian atau kematian yang berlaku daripada pekerjaan pula, syarat kelayakan adalah berbeza. Sebagai contoh - pekerja yang telah menerima tawaran pekerjaan walaupun belum mambayar caruman kemudian telah ditimpa kemalangan sewaktu bekerja/dalam perjalanan pergi atau balik kerja, atau dalam perjalanan ketika melakukan pekerjaan, maka pekerja tersebut adalah layak membuat tuntutan tanpa mengira jumlah caruman yang/atau belum dibayar olehnya. 

Untuk penjelasan yang lebih jelas dan tepat berkenaan tuntutan PENCEN PENAKATPENCEN ILAT dan SKIM BENCANA PEKERJAAN, boleh dapatkan info di laman web PERKESO atau terus ke pejabat PERKESO berhampiran. Ekstra - Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya majikan gagal mencarum untuk pekerjanya dengan PERKESO. Jangan lupa semak status pendaftaran/caruman di mana-mana pejabat PERKESO atau secara online di eSemak.


No comments :

;