HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Aviophobia


- 6 Mac 2017 -

Apa itu AVIOPHOBIA?

AVIOPHOBIA adalah rasa ketakutan yang berlebihan menaiki pengangkutan udara seperti kapal terbang dan helikopter. Ia juga dirujuk sebagai flying phobia, flight phobia, atau aerophobia. Ketakutan untuk terbang itu boleh jadi kerana gabungan claustrophobia (rasa takut terhadap ruang terhad, terkurung, tidak dapat melarikan diri) atau acrophobia (ketakutan atau kebimbangan yang keterlaluan pada ketinggian). AVIOPHOBIA bukanlah sejenis penyakit tetapi gejala yang disebabkan oleh keadaan-keadaan yang dialami oleh individu.



Aku AVIOPHOBIA

Macam mana Aku boleh AVIOPHOBIA? 

Sehingga entri ni ditulis, Aku pernah beberapa kali menaiki pesawat dan kalau tak silap kali terakhir adalah ketika Aku berusia 10 tahun! Lama kan? Waktu Aku kecik dulu arwah Abah selalu travel ke luar negara untuk urusan kerja. Suatu hari tu Abah ke luar negara lagi. Abah pergi dan kembali dengan selamat. Tapi kali tu tak macam selalu, sesuatu berlaku. Sejak itu la abah trauma naik kapal terbang. Abah AVIOPHOBIA. Dan Aku turut AVIOPHOBIA dek cerita Abah naik kapal terbang kali terkahir tu. Hampir lebih kurang 25 tahun Aku tak naik kapal terbang.



Atasi AVIOPHOBIA

Level AVIOPHOBIA Aku? Mak pernah berkali-kali pelawa Aku balik Langkawi naik kapal terbang tapi Aku menolak dan sanggup balik berasingan naik bas yang perjalanannya 8-10 jam! Selepas 25 tahun, pada April 2014 Aku naik kapal terbang lagi. TERPAKSA. Aku terpaksa naik kapal terbang bila Mak hadiahkan tiket Air Asia KL > Langkawi > KL sempena hari ulangtahun kelahiran Aku pada tahun tu. Tak boleh mengelak dahhh. Aku masih AVIOPHOBIA lagi sebenarnya. SANGAT. Kiranya hadiah Mak tu adalah satu usaha untuk membantu Aku atasi AVIOPHOBIA laaa. 




Berjaya ke Aku atasi AVIOPHOBIA?

Penerbangan yang pertama selepas 25 tahun - serius Aku gementar gila bila melangkah masuk ke dalam pesawat. Teragak-agak. Jantung berdegup laju. Bila dengar je bunyi enjin kapal terbang Aku dah menggelabah. Bila kapal terbang mula bergerak Aku gelisah. Bila kapal terbang mencongak naik Aku rasa perut kecut sekecut-kecutnya! Menggigil. Berpeluh-peluh. Jantung berdegup makin laju macam nak tercabut je rasanya. Aku pejam mata. Dalam hati, mulut Aku terkumat kamit berdoa. Terasa nak menangis tapi Aku tahankan, cuba tenangkan diri sendiri.

Dalam rasa takut tu Aku buka mata pandang sekeliling. Penumpang lain nampak okey je. Rileks je. Orang sebelah Aku pandang sambil senyum. Mesti dia tau Aku takut sebab boleh nampak kecuakan kat muka Aku 😅Aku pandang ke luar tingkap kapal terbang - nampak gumpalan awan yang putih bersih dan langit yang terbentang luas. Terpesona. Pemandangan tu melekakan Aku sehingga hilang rasa takut yang dirasakan sebelumnya. Ralit dan enjoy. Penerbangan lancar sehingga selamat sampai di airport  Langkawi. Alhamdulillah Aku berjaya atasi AVIOPHOBIA!




Langit tak selalu cerah.

Sejak tu Aku beranikan diri untuk naik kapal terbang lagi. Dan semakin kerap naik kapal terbang. Aku tak lagi naik bas setiap kali balik Langkawi tapi kapal terbang. Ada kalanya rasa takut menyelinap dalam diri namun tak la seteruk seperti tahun 2014. Kekerapan terbang membuatkan AVIOPHOBIA semakin berkurangan dan tak sedar pun gejala AVIOPHOBIA tiada lagi. Perjalanan yang singkat berbanding menaiki bas membuatkan Aku kerap balik Langkawi malah beberapa kali pergi kerja dari Langkawi! Tak payah tunggu cuti panjang, tak payah tunggu off day, tak cuti pun Aku boleh balik Langkawi. KL ke Langkawi rasa dekat je. Tapi.. Langit tak selalunya cerah kan?

Pagi tu, Aku tuju ke airport Subang dalam keadaan hujan lebat. Sebaik sampai dan check-in Aku terus ke balai perlepasan dan menunggu. Beberapa minit menunggu, terdengar pengumuman penerbangan Malindo ke Langkawi ditunda. Mungkin kerana cuaca agaknya. Hujan masih lebat. Tak lama lepas tu kedengaran panggilan untuk penumpang FireFly ke Langkawi untuk menaiki pesawat. Tanpa AVIOPHOBIA tanpa ragu-ragu Aku melangkah menuju ke kapal terbang yang menanti bersama penumpang lain. Dengan rasa gembira dan tak sabar nak jumpa Armand. Kapal terbang berlepas dengan lancar sehinggal la semakin tinggi di udara, tiba-tiba..




AVIOPHOBIA lagi..

Kapal terbang bergegar kuat seolah-olah melanggar sesuatu. Terkejut. Sedikit gelisah. Bukan sekali tapi berkali-kali kapal terbang bergegar kemudian terasa seolah-olah jatuh mendadak! Jantung berdegup laju. Badan mula mengigil. Tangan berpaut kuat pegang tempat duduk. Takut sangat! Aku pandang penumpang lain. Ada yang nampak tenang, ada yang kelihatan gelisah. Pandang ke luar tingkap pula. Tiada awan putih bersih yang gebu atau langit yang terbentang luas yang mempersona. Tak nampak apa-apa selain kabus gelap yang menyelubungi sepanjang penerbangan. Terus teringat pengalaman arwah Abah. Mungkin ketakutan inilah yang Abah rasakan..

Beberapa kali pilot umum keadaan cuaca yang kurang baik dan minta penumpang berada di tempat duduk. Penerbangan kali ni terasa lama. Aku tengok jam. Memang lama kerana kapal terbang berlegar-legar di udara, tak dapat mendarat dalam keadaan cuaca begitu. Masa tu Aku terbayang muka Armand je. Kesian Armand tunggu Aku balik.. Dalam hati tak berhenti doa moga selamat sampai. Dah lewat 35 minit. Bila ketua  pilot umumkan akan mendarat Aku rasa lega sangat. Turun kapal terbang dengan langkah yang longlai menuju balai ketibaan. Nampak Mak sedang menunggu dengan kerisauan dimukanya dan kemudian tersenyum sebaik nampak Aku. Salam Mak. Terduduk. Diam. Aku pandang Mak dan ceritakan apa yang berlaku kat atas tadi. AKU AVIOPHOBIA LAGI!

No comments :

;