HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Tambang UBER serendah 0.99 sen!


- 20 Februari 2017 -

Assalamualaikum.

Hari ni Aku dikejutkan dengan tambang Uber serendah 99 sen untuk jarak 6.6km! Biasanya tambang untuk jarak 6.6km (dari rumah ke Giant Kelana Jaya) adalah sekitar RM7 - RM9. Pada mulanya Aku fikir apps Uber ada masalah dan cuba request sekali lagi. Tambang yang tertera masih menunjukkan 99 sen. Biar betul? Promo? Aku tak pernah buat 'refer a friend to try Uber' untuk dapatkan free ride atau promosi kadar tambang. Masih fikir mungking apps Uber ada masalah. Aku restart HP dan request sekali lagi. Tambang tetap 99 sen! Betul la kot, okey teruskan. BETUL! Seterusnya Aku ke beberapa tempat lagi. Tambang ke semua destinasi Aku hari semua 99 sen!

(1) Dari Giant Kelana Jaya ke Paradigm Mall 1.6km = 99 sen (2) Paradigm Mall ke Evolve Concept Mall 2.8km = 99 sen (3) Evolve Concept Mall ke Citta Mall 1.2km = 99 sen (4) Citta Mall ke Skypark Terminal Subang 4.6km = 99 sen (5) Skypark Terminal Subang ke rumah 6.7km = RM9.90. Tambang terakhir tu bukan 99 sen tapi RM9.90 iaitu kadar tambang biasa *peak hours* Kalau bukan peak hours biasanya dalam RM7 - RM9 je. Tapi kenapa tambang untuk ride (1) hingga (4) yang biasanya RM3 - RM4 atau RM7 - RM9 boleh jadi serendah 99 sen? Ini jawapannya! : -




Ini mungkin mengejutkan! Kempen baru Uber - 'NIKMATI TAMBANG 99 SEN HARGA TETAP, SEPANJANG HARI, SETIAP HARI untuk perjalanan pendek di sekitar bandar! Kempen ini bermula dari 13 - 26 Februari 2017 untuk perjalanan yang jarak kurang dari 4.4km dalam kawasan Lembah Klang sahaja. Tawaran 99 sen ini tidak memerlukan mana-mana kod promo dan sah walaupun pada waktu puncak. Bagaimanapun tambang 99 sen ini akan kembali kepada kadar biasa sekiranya perjalanan melalui trafik berat. Tawaran 99 sen ini tidak sah untuk perjalanan ke KLIA dan KLIA 2.

Best kan? Nak panjangkan lagi tempoh tawaran tambang 99 sen ni? Uber bersetuju untuk memanjangkan lagi tempoh tawaran tambang 99 sen ini selama seminggu sekiranya kempen ini meraih 1000 perkongsian di laman Facebook, atau selama 2 minggu jika perkongsian mencapai 2000! Jika anda mahu tawaran tambang 99 sen ini dilanjutkan - kongsikan post ini di Facebook anda! Belum ada akaun Uber? Daftar SINI dan dapatkan aplikasi Uber anda sekarang!


No comments :

;