HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

2017


- 9 Januari 2017 -

Assalamualaikum 2017



Entri pertama tahun 2017!

Tahun baru je mesti ramai yang berkongsi azam baru. Aku tak ada apa azam yang spesifik pun untuk tahun 2017 ni. Ye la, azam tahun yang sudah-sudah pun dok ada yang belum terlaksana apalagi dicapai *huhuhu* Walaupun hanya 'sebesar kuman', apapun Aku bersyukur kerana banyak kebaikan dan perbuahan sepanjang tahun 2016. Semoga tahun 2017 memberikan lebih banyak kebaikan serta perubahan buat Aku, kita semua, insha Allah.

Throwback tahun 2016 - Aku WORKAHOLIC! Tak banyak perkara menarik sepanjang tahun 2016. Hanya kerja dari pagi sampai tengah malam setiap hari. Nak mintak cuti pun mak aihhh susah. Off day pun asyik kena panggil masuk kerja je. Tahun yang sangat penat, letih, lesu. SANGAT. Beberapa kali jatuh sakit. Sampai naik boring la jatuh sakit jeee. Sakit pun kena kerja jugak! Kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja! Sihat kerja keras. Sakit pun kerja. Balik kerja, tidur. Celik mata, kerja. Aku tak tahu apa jadi di dunia luar sana. Tak sempat nak ambil tahu apalagi peduli. Hidup mati cuma untuk senangkan, kayakan bos semata. AKU? Bila kenang balik, entah macam mana Aku hadapi dan lalui sepanjang tahun lalu. Macam mana Aku buat? 

Alhamdulillah. Apa pun yang berlaku sepanjang tahun 2016, Aku berjaya lalui dan hadapinya dengan kekuatan, kesabaran yang entah dari mana datangnya setiap kali rasa putus asa menyapa. Mungkin ianya kerana dari doa orang-orang yang adanya ingatan kepada Aku. Terima kasih kepada yang sudi dan telah mendoakan Aku.. Terima kasih kepada mereka yang hadir dan sentiasa ada ketika Aku memerlukan sepanjang tahun 2016. Samada yang baik atau buruk, terima kasih kerana menjadi sebahagian dari kisah perjalanan dan warna warni kehidupan Aku sepanjang tahun lalu. Tahun 2017, Aku bersedia. Semoga dipermudahkan - niat, harapan, impian untuk ke sana. 

Insha Allah. Terima kasih Allah.

No comments :

;