Review | TOTAL IMAGE COLLAGEN & WHITA-GLO


- 27 September 2016 -

Assalamualaikum!


Macam dah lama sangat Aku tak buat review produk bab cantik kan? Kali terakhir bulan Mac 2015. Pergghhh lama betul (",) Okey kali ni Aku nak kongsi pengalaman selama mengambil COLLAGEN + WHITA GLO dari TOTAL IMAGE. Sebelum ni, Aku minum Innershine Ruby Collagen. Rasanya lebih setahun Aku tak minum Innershine Ruby Collagen lagi. Bukan sebab malas, berpaling arah atau mahal, tapi kerana.. "Alahai susahnye la nak dapatkan Innershine Ruby Collagen tu!" Puas cari rupanya discontinued

Setahun berlalu tanpa kolagen. Sampai la suatu hari Aku temankan sorang kawan ke Guardian's. Dia sangat la fanatik dengan kecantikan, walaupun dia sepatutnya kacak, bukan cantik! *errr.. dia lelaki lembut* Aku jeling je dengan bermacam produk yang dia capai. Ternampak dia capai TOTAL IMAGE COLLAGEN terus Aku tanya "Awak makan tu untuk apa? Okey tak kolagen tu?" Dengan panjang lebar bak pakar dia explained kat Aku. Dek terpengaruh, Aku pun capai juga TOTAL IMAGE COLLAGEN tuuu! Okey boleh la gantikan Innershine Ruby Collagen yang discontinued.

PENTING! Sebelum makan & masukkan apa-apa ubat ke dalam badan, kena la tau tentang ubat tu terlebih dahulu. Aku beli tapi tak terus makan TOTAL IMAGE COLLAGEN tu sebab takut ada kesan sampingan - walaupun ianya dikatakan dari bahan semulajadi ke apa ke. Aku takut kottt makan ubat sebarang sesuka hati. Maka Aku dapatkan info tentang kolagen *baca sana baca sini baca situ* OK Aku makan TOTAL IMAGE COLLAGEN.


*klik gambar untuk imej besar*
Kedua-dua gambar tanpa edit.
Kiri Disember 2015 - Kanan Mac 2016
Gambar sebelum dan selepas Total Image Collagen.


Untuk permulaan, Aku makan 2 tablet pagi + 2 tablet malam sebelum makan, setiap hari selama sebulan, seperti yang disarankan untuk mendapatkan kesan optimum. Perubahan dari segi kecantikan? Tak cantik jugak punnn! Biasa je. Nak kata kulit jadi putih cerah tak ada pun. Mungkin sebab Aku selalu berpanas. Walaupun tak putih cerah sekurang-kurangnya ia 'mengawal' kulit Aku dari menjadi semakin gelap dek berpanas setiap hari. Okey la tu kan?. Tak cantik tak apa, yang penting sihat. Aku makan kolagen pun niat untuk kesihatan. Bila sihat dengan sendirinya akan cantik (^_*)

Dari segi cantik-cantik ni memang tak nampak pada Aku. Kalau dari segi kesihatan tu memang terasa ada perbezaan dan perubahan. Yang pertama sekali masalah otot/sendi *kesan eksiden accident* + masalah sukar tidur *insomnia* keguguran rambut, mata kabur dan kesakitan sebelum/ketika haid. Okey - selepas sebulan Aku kurangkan dos dari 4 tablet kepada 2 tablet sehari - 2 tablet watu pagi sebelum makan. 3 BULAN BERLALU. Kulit tetap tak putih cerah punnn. Tapi alhamdulillah masalah kesihatan tu terkawal dan semakin baik.



Sebulan selepas TOTAL IMAGE COLLAGEN...

Aku beli TOTAL IMAGE WHITA GLO pulak. Sebelum tu Aku telaah dulu apa itu Glutathione. Ok sebulan sebelum tu Aku makan TOTAL IMAGE COLLAGEN 2 tablet pagi + 2 tablet malam = 4 tablet sehari. Selepas sebulan Aku kurangkan dos kepada 2 tablet sehari, ambil sebelum sarapan + 2 tablet TOTAL IMAGE WHITA GLO sebelum tidur seperti yang disarankan untuk mendapat kesan optimum. Selepas sebulan Aku kurangkan dos TOTAL IMAGE WHITA GLO kepada 1 tablet sehari sebelum tidur. SEBULAN BERLALU. Hasil gandingan kedua-dua produk Total Image tak begitu menonjol dari segi kecantikan. Aku tak semakin putih cerah gebu cantik bagai punnn. Tapi dari segi kesihatan ia maintain seperti ketika sebelum ambil TOTAL IMAGE WHITA GLO.

Kesimpulan; Aku suka je kedua-dua produk Total Image ni, walaupun ia tak menonjolkan kesan bagi kecantikan apalagi menjadikan Aku cantik. Ye la, hasil kepada setiap orang mungkin berbeza. Kawan Aku tu makan TOTAL IMAGE COLLAGEN je, tapi kulit dia jadi cerah. Yang Aku makan TOTAL IMAGE COLLAGEN TOTAL IMAGE WHITA GLO tak cerah tak makin cantik, tapi membantu memulihkan beberapa masalah kesihatan dek peningkatan usia. Alhamdulillah.. Teruskan makan. Mana tau lepas ni dapat kesan cantik pulak kan? Hehehe.

Okey, kedua-dua produk ni Aku beli di dua farmasi berbeza. TOTAL IMAGE COLLAGEN Aku beli kat Guardian's - PEK PROMOSI. Alaaa.. Pek promosi ada je kat mana-mana farmasi tapi kat Guardian's harga dia lebih murah. TOTAL IMAGE WHITA GLO pulak Aku beli kat Caring sebab harganya lebih murah berbanding Guradian's kecuali ketika promo. TOTAL IMAGE WHITA GLO jarang ada pek promo. Setiap pembelian disertakan satu borang tebus produk Total Image (dalam kotak). Aku dah beberapa kali tebus dan terima TOTAL IMAGE COLLAGEN saiz kecil (30 tablet). Harga? Untuk pek promo TOTAL IMAGE COLLAGEN RM220/2botol/80tablet + 1botol/30tablet (harga biasa dari RM130/botol/80tablet). Pek promo TOTAL IMAGE WHITA GLO RM260/2botol/30tablet (harga biasa dari RM135/botol/30tablet).



Pssttt! Aku suka kedua-dua produk Total Image ni. Cuma tak larat dengan kosnya tu haaa! Ok bye.


No comments :

;