Review | Inner Shine : Prune Essence & Ruby Collagen


- 9 September 2015 -

Assalamualaikum & Salam Mesra.


Senario;

Kesibukan kerja membuatkan Aku tak ada masa untuk diri sendiri serta 'menjaga diri' seperti ketika sebelum bekerja. Suatu hari yang agak sedikit lapang, di hadapan cermin, Aku pandang muka - terus stresss! (x_x) Kulit muka kusam tak ingat, dengan jerawat halus serta beberapa jerawat yang masak ranum menghuni muka. Dalam hati "Argghhh! Aku dah tak cantekkk" Hhmmm.. Masa ni hilang rasa keyakinan diri dan timbul rasa-rasa negatif dek rupa yang dah tak terurus tu. Sungguh, Aku memang tak ada masa nak belek muka pun sejak bekerja. Kalau bercermin setiap kali, lebih kurang 5 mnit itu pun sekadar untuk menyarung tudung. Errr kekadang tu tak tak tengok cermin pun, main sarung jeee! (-,-)"




Makanya. . Aku mula mencari jalan untuk merawat dan mencantikkan balik rupa yang semakin tak terurus ni. Banyak produk yang Aku intai, diikuti dengan membaca review dari mereka yang telah menggunakannya. Akhirnya Aku pilih untuk mencuba INNERSHINE PRUNE ESSENCE. Berkesan ke? Jadi cantik macam Izara Aisyah ke? OK - Aku cuma beli sekotak Pati Prun InnerShine ni. Sekotak ada 6 botol. Dapat ke hasil dengan 6 botol je? Macam tak cukup je kan? Baca sampai habis, nanti korang faham la kenapa Aku ambil sekotak je Pati Prun ni (*_^) Hasil mengambil 6 botol Pati Prun?

HARI PERTAMA : Belum nampak kesannya pada kesihatan mahupun kecantikan. Juga tiada aktiviti ke tandas berulangkali sepertimana review yang dibaca sebelum mengambil produk ni. HARI KE-DUA : Masih sama seperti hari pertama. Belum nampak sebarang kesan pengambilan Pati Prun ni. HARI KE-TIGA : DETOX! Aktiviti berulang alik ke tandas telah pun bermula. Errr. . Aku berharap proses detox ni dapat kempiskan juga tapi. . hasihhhh! (-,-)" HARI KE-EMPAT : Masih sama seperti hari ketiga. Cuma aktiviti mendetox mula berkurangan. HARI KE-LIMA & KE-ENAM : Tiada lagi aktiviti ke tandas. Badan terasa 'sedap' dan ringan. Masih tak nampak hasilnya pada kecantikan terutamanya pada kulit muka. . Habis sudah 6 botol Pati Prun dan sampai sini saja review Pati Prun InnerShine ni (-_-)




Selang sehari setelah habis Pati Prun, Aku minum INNERSHINE RUBY COLLAGEN pula! Dah faham kenapa Aku cuma beli sekotak Pati Prun? (*_^) Tujuan Aku minum Pati Prun adalah untuk detox sahaja. Kalau pengambilan 6 botol Pati Prun boleh mendapatkan hasil pada kecantikan, itu bonus! Aku lebih tertarik dengan Ruby Collagen berbanding Pati Prun kerana ia mengandungi mikro kolagen serta bahan yang lebih kepada kecantikan, juga kerana ia lebih sesuai untuk mereka yang berusia macam Aku (-,-)" OK Aku minum Ruby Collagen ni selang sehari sebelum tidur. Yang Aku beli; sekotak *pek promosi* ada 16 botol Ruby Collagen. Hampir habis sekotak - berkesan ke?

Tak seperti ketika mengambil Pati Prun, Aku tak berkesempatan membuat nota akan kesan setiap kali pengambilan sebotol Ruby Collagen. Sibukkk! (x_x) Walaupun begitu, Aku dapat melihat dan merasakan perubahan pada kulit selepas meminum 12 botol Ruby Collagen. Kulit muka kurang berminyak, maka pori-pori pun makin mengecil - weee! Yang paling best, kulit kusam mula bertukar menjadi sedikit cerah, bermaya, lembab! Aku suka dengan apa yang Aku tengok dan rasa. Masih ada 4 botol lagi untuk dihabiskan. Teruja untuk kesan yang lebih baik lagi (*_^)

OK - sedikit tips dan panduan kepada yang membaca review ni. Aku memang ambil Pati Prun sekadar untuk proses detox kerana secara umumnya ia memang khusus untuk membantu proses pencernaan. Dan Aku ambil Ruby Collagen untuk memperbaiki kesihatan serta kecantikan terutamanya kulit muka/raut wajah. Apa pun, kesan sesuatu produk kepada setiap individu adalah berbeza. Aku suka dengan kesan yang ditunjukkan setelah mengambil INNERSHINE PRUN ESSENCE & INNERSHINE RUBY COLLAGEN. Sesuai untuk orang yang sibuk macam Aku. Ianya MUDAH, CEPAT dan PRAKTIKAL berbanding menggunakan 3-4 jenis krim, disapukan 2-3x ke muka dalam sehari (*_^)

Ruby Collagen mahal? Eh tak juga laaa. . Sebabnya lepas ni Aku tak perlu lagi beli krim + siang malam bagai. Tak perlu beli krim mata + perawatan bagai. Tak perlu beli toner + losen bagai. Beli INNERSHINE RUBY COLLAGEN jeee dah cukup - lebih CEPAT, MUDAH, PRAKTIKAL dan kesannya bukan hanya cantik tapi sihat = holistik! Make-up? Aku tak makeup, tak ada masa.. (-_-) Info ekstra : INNERSHINE RUBY COLLAGEN 


No comments :

;