Kenapa Telinga Berdesing?


 - 8 Disember 2014 -

Assalamualaikum & Salam Mesra.



Nginngggg...

Terlinga Aku berdesing. Bunyi nyaring yang panjang dan bingit di telinga. Tenggelam bunyi-bunyian lain di sekeliling. Berdengung. Jantung berdebar-debar. Tapi Aku abaikan. Tengahari sekali lagi bunyi tu datang. Lebih kuat dan lama bunyinya. Teringat suatu pesanan, terus Aku bacakan A'uzubillah *sampai habis* dan hembuskan pada tangan yang di genggam *penumbuk* kemudian letak ke telinga. Tapi telinga masih berdesing bingit. Tiba-tiba timbul tanda tanya "Betul ke apa yang Aku buat ni?" Musykil. Aku Google dan cari 'kenapa telinga berdesing'.


Kata orang dulu-dulu...

Mereka ada telahan sendiri berkenaan telinga berdesing. Orang terdahulu mengaitkan bunyi desing di telinga dengan kejadian yang bakal berlaku berdasarkan pada masa telinga berdesing. Kejadian yang bakal berlaku adalah berbeza mengikut masa dan bergantung kepada telinga kanan atau kiri yang berdesing. Pada Aku ia lebih kepada ramalan. Ia bukanlah fakta kerana tiada kajian yang mengesahkan bunyi desing akan menyebabkan berlakunya perkara seperti yang dinyatakan. Ia hanyalah telahan masyarakat Melayu lama yang mengamati dan mungkin kebetulan berlaku apabila telinga berdesing. Kalau nak tahu telahan orang dulu-dulu tentang bunyi desing di telinga boleh rujuk pada sumber.


Dari sudut perubatan & sains...


Ia dikenali 'Tinnitus' adalah keadaan di mana seseorang mendengar bunyi berdesing di dalam kepala dalam keadaan yang tiada apa-apa punca bunyi di sekelilingnya. Namun Tinnitus ini bukanlah sejenis penyakit. Walaupun begitu, bunyi desing atau Tinnitus juga adalah tanda/petunjuk kepada masalah kesihatan yang lain. Gejala ini mungkin sekejap atau lama dan boleh jadi berterusan atau berulang-ulang. Merujuk kepada sumber, ada beberapa tanda yang ada pada Aku yang menyebabkan berlakunya desing di telinga atau Tinnitus ini. Untuk info lebih lanjut boleh rujuk sumber ini juga.


Dari sudut/perspektif Islam...

Menurut riwayat Ibnu Sunni, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda "Barang siapa berdesing telinganya hendaklah dia mengingatiku dan berselawat kepadaku. Setelah itu hendaklah ia berzikir dengan zikir 'dzakarallahu man dzakarni bi khair' - maksudnya : Allah SWT mengingatkan orang yang mengingatiku dengan kebaikan *rujuk al-azakar 133* Berdasarkan keterangan tersebut, maka dapatlah kita fahami bahawa kejadian telinga berdesing/berdengung merupakan suatu isyarat dan peringatan dari Allah SWT kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Apakah isyarat dan peringatan yang hendak disampaikan oleh Allah SWT itu, tidak dapat kita kenal pasti kecuali bagi orang yang sentiasa mengamati dengan pengalamannya.




Manakala Iman Al-Manawi pula berkata; "Sesungguhnya telinga itu berdengung ketika datang berita baik ke roh, iaitu Rasulullah SAW telah menyebut nama orang tersebut dengan kebaikan pada al-malail 'ala *kumpulan tertinggi* di alam roh", supaya ia ingat kepada Rasulullah dan berselawat kepada baginda. Ada juga yang berpendapat bahawa telinga berdesing kerana gugurnya daun yang melambangkan roh manusia di Luh Mahfuz. Telinga berdesing apabila ada daun yang lain gugur, tandanya seseorang telah meninggal dan daunnya terkena pada daun kita. Wallahua'lam.

Selain itu ada juga yang berpendapat; syaitan sedang membisikkan perkara buruk di telinga. Disarankan supaya membaca a'uzubillah *sampai habis* 3x dan hembus pada tangan yang digengam dan tekupkan pada telinga yang berdesing. Ada juga yang mengatakan ia adalah deria keenam atau sixth sense. Apa pun, kesimpulannya, telinga berdesing boleh jadi merupakan suatu tanda masalah kesihatan atau suatu kejadian atau isyarat ghaib yang hanya Allah saja mengetahui rahsianya. Sebagai umat baginda Rasulullah SAW dan hamba Allah SWT, kita memang diajar supaya sentiasa berselawat kepada baginda dan memperbaiki serta memperbanyakkan amalan yang mendekatkan kita pada-Nya. Alhamdulillah, Insha Allah, terima kasih Allah...

4 comments :

eeqa said...

telinga saudari still berdesing lgi ke?

Tyara NY said...

Masih lagi berdesing sekali sekala.


Saudari eeqa alami perkara yang sama juga ke?

Metador said...

Telinga saya non stop berdesing. Kiri yg paling, kekadang kedua dua belah. Saya risau kalau tak berdesing. Dulu kekadang berdesing, sekarang non stop. Its a good spiritual sign, amalkan zikir dan selawat banyak banyak.

Metador said...

Telinga saya non stop berdesing. Kiri yg paling, kekadang kedua dua belah. Saya risau kalau tak berdesing. Dulu kekadang berdesing, sekarang non stop. Its a good spiritual sign, amalkan zikir dan selawat banyak banyak.

;