HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Tanda-Tanda Awal Kehamilan


-18 November 2014 -

Assalamualaikum & Salam Mesra.

KRONOLOGI

Kali ni Aku nak kongsikan tentang Tanda-Tanda Awal Kehamilan. Walaupun mungkin ramai yang sudah tahu dari pelbagai sumber, Aku ingin kongsikan pengalaman sendiri kerana tidak semua dari kita mengalami simptom atau tanda-tanda yang sama. Ini kerana tindak balas dalam badan adalah berbeza pada setiap wanita yang hamil.

1. PERIOD – Aku mengalami period 3x pada bulan Oktober. Bermula pada hujung bulan September (27hb) dan berakhir pada awal November (3hb). Dan period  lagi pada 9 Oktober selama 4 hari. Dan sekali lagi pada hujung bulan Oktober (24hb) selama 2 hari. Pelik. Kenapa macam tu?

Sebelum ni, aku pernah tak period  lebih 2 bulan, bukan sekali dua tapi selalu! Itu perkara biasa kerana period  Aku tak teratur, tak tetap. Walaupun period  tak tetap, biasanya Aku akan mengalaminya lebih kurang 10hb setiap bulan yakni awal atau lewat *biasanya 3 hingga 5 hari* Tapi 3x period  dalam jangkamasa 30 hari memang luar dari kebiasaan. Walaupun pelik dan jelas mengalami  period, entah kenapa Aku buat UPT sebaik habis  period  tapi keputusannya NEGATIF.

2. DEMAM PANAS – Mula tak sedap badan - DEMAM. Masih belum period  lagi untuk bulan November. Tidak awal dan sudah pun lewat lebih seminggu. Dari demam biasa ia menjadi semakin panas. Aku sangka deman denggi berdasarkan kepada simptom yang ada dan buat ujian darah tapi keputusannya negatif. Selang beberapa hari sekali lagi Aku buat ujian darah dan keputusannya masih NEGATIF.

Sewaktu ujian darah yang terakhir, Aku ditanya beberapa soalan oleh doktor. Aku cuma menjawab 'YA ADA' atau 'TAK ADA' saja. Sampai la doktor bertanyakan bila kali terakhir Aku period. Blurrr. Aku tergelak kot. Apa kena mengena dengan denggi? Tapi Aku jawap juga laaa. "It's not funny okey. Mungkin you mengandung, so better check. Kalau betul mengandung you sepatutnya makan vitaman dan jaga kandungan" Terdiam Aku. Betul ke? Betul ke? Betul ke?


DISEBALIK KRONOLOGI 1 & 2

Aku cuba imbas semula kejadian bermula hujung bulan September. Cuba ingatkan semula apa yang Aku alami dari mula sehingga la Aku dikatakan berkemungkinan mengandung. Jenuh. Sebulan lebih dah berlalu, susah nak ingat, banyak perkara yang berlaku (-,-)" Ditambah dengan sikap Aku tak ambil pusing banyak perkara *yang remeh yang tak penting* dan tak terfikir akan mengandung. Keliru. Mula-mula suspek denggi. Kemudian disahkan bebas denggi selepas beberapa kali ujian darah. Dari demam panas suspek denggi bertukar kepada suspek mengandung?

Sewaktu doktor cakap macam tu Aku terkejut. Keliru. Tak tau nak 'wujudkan' rasa atau perasaan apa. Happy? Sebak? Apa? Yang ada dalam kepala hanya la; Betul ke? Betul ke ni? Betul ke? Betul ke aku mengandung? Betul ke? Itu jeee (",) Aku diamkan dan langsung tak ceritakan pada Mr. Hubby yang ada bersama menemani Aku tetapi menunggu di luar bilik rawatan. Aku tak bersedia untuk ceritakan pada Mr. Hubby. Kerana Aku tahu dia tak bersedia untuk ini dan kerana belum sah lagi Aku mengandung. Sampai rumah Aku google mencari info Tanda-Tanda Awal Kehamilan. Melalui info dan perkongsian maya yang diperolehi, Aku kaitkan dengan kronologi 1 & 2. Aku mengandung?



TANDA-TANDA LAZIM AWAL KEHAMILAN

1. RASA LAPAR YANG BERPANJANGAN ♀ Juga terjadi kepada orang yang tidak hamil tetapi kerap terjadi di awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini, tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan lain, bersiap sedia la untuk menghitung hari anda.

✎ Hhmmm. . Sebelum mengalami 3x period dan demam panas Aku memang sentiasa makan. Makan bukan kerana rasa lapar yang berpanjangan tapi kerana Aku suka makan. Hobi Aku makan. Aku kuat makan (",) Kerja Aku adalah merasa makanan. Aku bekerja dalam indusri makanan [✘ = NEGATIF]

2. PERUBAHAN WARNA PADA SEKELILING PAYUDARA ♀ Sekiranya kulit di sekitar puting payudara  menjadi gelap/kehitaman, ia adalah tanda kemungkinan telah hamil beberapa minggu. Walau bagaimana pun, ia boleh berlaku kerana ketidakseimbangan hormon dan tidak berkaitan dengan kehamilan atau mungkin disebabkan kandungan terdahulu.

✎ Eh? Aku tak pernah belek pun sebelum ni. Jadi tak dapat nak bezakan sebelum dan ketika (“,) Entah laaa, Beberapa kali belek, Aku tengok macam biasa jeee (",) Heee! [✘ = NEGATIF]

3. KERAP BUANG AIR KECIL ♀ Sekiranya  janin telah terbentuk, rahim mula membesar dan menekan pundi kencing yang membuatkan anda berasa dan kerap buang air kecil.

✎ Aku kurang minum air tapi kerap buang air. Kerap walaupun dalam kuantiti yang sangat la kecil. Biasanya selepas buang air kecil Aku akan minum air pada kadar 2x ganda cecair yang keluar dari tubuh yakni kencing. Ia adalah cara alternatif kerana Aku kurang minum air. Tapi sejak kali terakhir iaitu selepas kali ke-3 period, Aku kerap sangat buang air kecil terutama waktu malam.

✎ Walaupun begitu Aku masih tak fikir ia adalah tanda hamil kerana berfikir kekerapan buang air kecil adalah disebabkan pengambilan air dan isotonik dalam kadar yang banyak bagi mengurangkan panas badan ketika demam panas. Ia adalah normal. OK boleh jadi ini adalah salah satu tanda [✔ = POSITIF]

4. RASA TIDAK BERMAYA ♀ Hormon yang dikeluarkan di awal kehamilan boleh membuatkan wanita hamil mudah berasa letih dan tidak bermaya sepanjang masa. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

✎ Yang ni macam ada. . kot? Ye la, sebab Aku ni hiperaktif.  Tak boleh duduk diam. Aku bekerja 12 hingga 16jam sehari. Cergas ke sana sini. Tak mudah penat. Walaupun penat Aku masih boleh buat macam-macam aktiviti. Tapi sejak akhir-akhir ni tiba-tiba jadi malas yang tak terhingga (-,-)” Rasa macam tak bermaya. Buat kerja sikit dah rasa mengah. Penat *stress di situ* Sampaikan terfikir “Apasal Aku jadi lembik malas segala ni!?” Hati kecil ni pulak memberontak tapi pada masa sama rasa lega melepet walaupun stress dan bosan. Eh? OK ni pun boleh jadi tanda [✔ = POSITIF]

5. SAKIT DAN TEGANG PADA PAYUDARA ♀ Sekiranya hamil, payudara akan terasa perit dan sakit serta sensitif dengan sentuhan. Ia seperti ketidakselesaan yang terjadi ketika sebelum period. Apabila badan sudah biasa dengan perubahan hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan mula berkurangan.

✎ Tiada kesakitan atau ketegangan pada payudara kecuali sebelum period kali ke-3. Juga tidak berlaku selepas period ataupun sepanjang 2 minggu Aku demam/demam panas. So tanda ni tak relevan dengan Aku [✘ = NEGATIF]

6. PENDARAHAN IMPLANTASI & SENAK ARI-ARI ♀ Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi anda MUNGKIN akan mengalami pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda septutnya period hari pertama.




✎ Aku tak pasti yang ni (",) Seingat Aku beberapa hari selepas kali ke-2 period, ada tompokan darah pada seluar kecik. Sikit je. Aku fikir itu mungkin darah period  yang tak keluar habis. Dan bila kali ke-3 period, tiada tompokan sama walaupun period  cuma 2 hari. Serius Aku langsung tak terfikir itu adalah salah satu tandanya. Lagipun, selepas adanya tompokan darah sesudah period  kali ke-2, Aku period  lagi kali ke-3 pada hujung bulan. Walaupun nampak macam mustahil, Aku consider tanda ni. Ye la, kalau Allah dah 'kata' KUN FA YA KUN apa pun tak mustahil kan? [✔✘ = 50/50]

7. RASA LOYA DAN MUNTAH ♀ Sekiranya bernasib baik, MORNING SICKNESS ini tidak  akan menyerang kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandung!

✎ OK yang ni ada. Tapi rasanya Aku rasa loya sebab perut kosong kottt. Aku hilang selera makan selama 2 minggu demam. Bila perut kosong + masuk angin tu yang buat rasa loya? Muntah - beberapa kali, beberapa hari, lepas tu cuma rasa nak muntah tapi tak muntah. Loya masih ada. Entah laaa, macam ada 'sesuatu' yang mengganggu, yang membuatkan Aku rasa loya. Tak pasti apa bendanya 'sesuatu' tu (-,-)" [✔ = POSITIF]

8. SUHU ASAS BADAN TINGGI BERPANJANGAN ♀ Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras suhu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

✎ Heee! Aku memang la tak ada nak ambil suhu badan bagai. Yang Aku ingat rasa macam nak demam tapi tak demam, Keadaan tu berterusan sehingga la masuk minggu ke-2 November, Aku demam panas. Langsung tak terfikir Aku preggy ok. Aku syak denggi sebab banyak kes denggi sana sini (",) Suhu badan hanya panas pada lewat petang hingga pagi. Siang demam tapi tak sepanas malam hari ke pagi [✔ = POSITIF]

10. 'MISSED PERIOD' ♀ Sekiranya period anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari, inilah masanya untuk menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.

✎ Seperti yang Aku katakan awal tadi, period Aku tak teratur. Kalau tak 10hb setiap bulan, ia akan awal atau lewat 3 hingga 5 hari. Jika tak period selama 2 bulan, tak bermakna ia adalah tanda Aku mengandung. Itu perkara biasa kerana period Aku tak tetap. So teori ni juga tak releven untuk Aku [✘ = NEGATIF]

11. UJIAN AIR KENCING POSITIF ♀ Sekiranya anda beberapa hari ketinggalan period dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan langkah seterusnya.

✎ Walaupun dah jelas period lewat 14 hari, Aku masih belum buat UPT. Mungkin ini akan berterusan sebulan hingga 2 bulan lagi seperti mana sebelum-sebelum ni. Lagipun Aku dah buat UPT selepas period kali ke-3 yakni pada awal bulan November.  Mungkin Aku akan lakukan sekali lagi pada awal bulan Disember sekiranya Tanda-Tanda Lazim Kehamilan jelas ketara ada pada Aku..



TANDA-TANDA LAIN

1. PERUT TIDAK SELESA – Rasa serba tak kena dibuatnya. Berdiri rasa senak. Duduk rasa kejang. Baring rasa pedih ulu hati. Nak kata kembung perut, tak mungkin sebab selera makan dah okey walaupun masih demam. Peliknya perut asyik berbunyi macam lapar jeee. Kadang-kadang rasa sejuk dan kejang pada ari-ari, terutamanya di waktu malam (-,-)" Memang rasa tak selesa laaa.

2. PENING KEPALA – Pening tapi tak la teruk. Nak kata migrain bukan sebab tak rasa sakit berdenyut atau mencucuk. Pening sekilas. Sekejap-sekejap. Walaupun tak serius ia buatkan Aku rasa tak selesa dan badan jadi lemah. Bila rasa pening tu datang Aku hilang perasaan *tak ada perasaan* tak ada mood. Dan pening tu akan menjadi-jadi *over* bila deria bau terhidu sesuatu yang 'tak sepatutnya' (-,-)" Masa ni Aku dah syak kemungkinan besar Aku memang mengandung. .

3. BUANG ANGIN – Kerap buang angin samada sendawa atau kentut. Mungkin lucu bila Aku katakan, Aku kerap kentut *kaw-kaw* pada awal pagi sebaik bangun tidur. Dan ia berganti dengan sendawa bila masuk tengahari sehingga ke malam. Terlalu kerap sendawa dan kentut seolah-olah badan dipenuhi angin jahat (x_x) Tapi rasa lega okey! Hhmmm.. Aku alami perkara ni selama beberapa bulan sewaktu mengandungkan Emir Armand dulu.

4. BAU BADAN YANG KUAT – Heee! Aku tak tahan dengan bau badan sendiri! Aku cuba atasi masalah bau badan dengan pakai deodorant tapi tak berkesan. Berlapis-lapis Aku pakai, selepas mandi dan asal berbau je Aku sembur deodorant tapi badan tetap mengeluarkan bau yang tak menyenangkan (*_*) Serius Aku loya dan rasa nak termuntah dengan bau badan sendiri.

5. DERIA BAU JADI SENSITIF – Hidung Aku jadi sensitif dengan bau dan alah pada bau-bauan tertentu. Antaranya; bau perfume Mr. Hubby, bau badan sendiri, bau sesetengah masakan dan bau-bau yang Aku suka *downy, daia, febreeze, issey miyaki dll* Padahal sebelum ni Aku ok je dengan semua bau tu, sebab tu Mr. Hubby pakai perfume tu, sebab tu Aku beli semua 'bau-bau' tu (",) Tiba-tiba je Aku jadi loya dan dan nak muntah dengan semua bau tu?

6. MUKA BERJERAWAT – Jerawat naik bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan! Ia bermaharajalela di muka terutama di bahagian dahi dan dagu. Ia adalah perkara biasa apabila period menghantar isyarat ia akan muncul beberapa hari lagi (",) Dan jerawat akan hilang setelah period muncul. Tapi kali ni jerawat yang tumbuh 2x ganda banyaknya! Setiap hari selama Aku tak sihat. Tak ada tanda ia akan berkurang/hilang. Macam alergik dan sangat la tak elok rupanya. .

7. EMIR ARMAND – Teringat perbualan dengan Emir Armand pada bulan September yang lepas. Tiba-tiba dia meluahkan perasaan "Mama, Armand nak adik laaa" Terkejut. Pelik. Eh? Selalunya bila Aku tanya nak adik tak? Dia akan jawab TAK NAK! "Haaa? Kenapa tiba-tiba je nak adik ni??" tanya Aku. "Armand tak ada kawan la Ma, Armand bosan laaa. Tak ada siapa nak layan Armand. Nenek tu asyik sibuk dengan orang kampung dengan surau je. Acu tu pun, balik cuti bukan nak main PS dengan Armand ke, asyik hadap laptop jeee. Sibuk dengan korea-korea tak habis-habis" ada kesayuan diluahan Armand tu..

"Tak jeles ke kalau ada adik nanti?" Aku tanya lagi. "Armand tak nak la adik yang baby. Nak adik yang besar yang boleh geng dengan Armand.." Lucu pun ada sebak pun ada dengan jawapan Armand tu tapi Aku jawab juga "Mana nak dapat adik yang besar terus?? Adik yang cari kat luar tu mana sama dengan adik yang keluar dari perut Mama. Adik yang keluar dari perut Mama baru betul adik Armand, Sama-sama anak Mama" Lama Armand diam kemudian dia jawab "Boleh la Ma... Asalkan Armand ada kawan. Bila nak dapat adik?" Aku pulak yang terdiam. Tak ada jawapan (-,-)"

Motif tanda no.7 mungkin bukan tanda-tanda hamil yang kuat. Tapi tak mustahil ia juga adalah tanda-tanda yang Aku akan hamil kelak. Bukannya tanda telah hamil tapi akan hamil. Kadang-kadang Allah berikan tanda-tanda yang kita sendiri tak terfikir atau jangkakan. Allah nak tunjukkan yang Dia Maha Bijaksana, Dia lah sebaik-baik perancang, kerana itu la Aku lalui semua tu. Allah nak tunjukkan yang Dia Maha Besar, Maha Berkuasa dari sesiapa pun, sebab itu walapun Aku rasa TAK MUNGKIN atau MUSTAHIL diri mengandung, ia tetap berlaku. KUN FA YA KUN. Subhanallah Walhamdulillah Walaa ila hai'lallah Waallahu Akbar.



Alhamdulillah - Aku hamil.

Lama Aku simpan entri ni dalam draf. Lebih kurang 2 minggu. Aku tak terbitkan sebaik siap kerana masih belum buat UPT. Walapun dalam tempoh itu, yakni selepas menulis entri ini, tanda-tanda hamil makin jelas, Aku tetap tunggu sehingga hujung bulan November untuk buat UPT. Aku dah pun buat UPT dan ternyata Aku mengandung bila timbul garisan ke 2 pada UPT. Alhamdulillah.. Ini rezeki.. Kehamilan ni adalah rezeki. Ia adalah kunci pembuka pintu-pintu rezeki yang lain. Aku gembira. Moga kaum keluarga seluruhnya juga turut gembira dan bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan ni. 12 tahun aku tunggu, Alhamdulillah :') Moga Mr. Hubby terima dan gembira *gemuruh*

No comments :

;