HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Selamat Hari Lahir Mak


-17 Oktober 2014 -

Nukilan hati tentang Bonda tersayang...



Pernah Aku ditegur
Katanya untuk kebaikan
Pernah Aku dimarah
Katanya untuk membaiki kelemahan
Pernah Aku diminta membantu
Katanya supaya Aku pandai

Bonda..
Pernah Aku merajuk
Katanya Aku manja
Pernah Aku melawan
Katanya Aku degil
Pernah Aku menangis
Katanya Aku lemah

Bonda..
Setiap kali Aku tersilap
Dia hukum Aku dengan nasihat
Setiap kali Aku kecewa
Dia bangun malam sepi lalu bermunajat
Setiap kali Aku dalam kesakitan
Dia ubati dengan penawar dan semangat
Dan bila Aku mencapai kejayaan
Dia kata bersyukurlah kepada Tuhan

Bonda..
Aku sayang padamu

Tuhan..
Aku bermohon pada Mu
Lindungi dan rahmati dia
Sejahterakanlah dia, selamanya...

HAPPY BIRTHDAY MAK (^_^) Lebiuuu!

No comments :

;