HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Puding Roti Kastad


- 6 Disember 2013 -

Resepi : Kujie2.com
Kategori : Pencuci Mulut | Puding | Roti
Saiz hidangan : 3-4 orang

Sinopsis : Roti banyak! Tarikh luput makin menjelma. Apa nak buat dengan roti banyak tu? Apa boleh buat dengan roti tu? (-,-)" *blink blink* Tiba-tiba teringat puding roti kastad yang sorang kawan buat sewaktu dalam projek Purplelicious - uhhh sedapnya! Okey buat puding roti kastad la. Macam biasa minta bantuan encik Google untuk resepi dan terjumpa resepi puding roti kak Kujie. Ini pertama kali Aku buat puding roti, Alhamdulillah menjadi. Halus dan lembut je teksturnya. Elok je rupa dia. Semestinya sedappp! *wink wink* 2-3x Qila dan Wawa tambah, lagi-lagi si Wawa sampai jilat jari licinkan sos kastad dalam piring. Terima kasih kak Kujie atas perkongsian resepi yang mudah dan yummy! Satu lagi, Aku suka punchline kak Kujie - HIDUP BIAR SEDAP (^_*)



- Bahan A -

*Roti putih - 8 keping 
* Susu segar - 21/2 cawan

- Bahan B -

*Marjerin - 3 camb
*Gula - 4 camb
*Telur ayam - 2 biji
*Tepung jagung - 1 camt
*Esen vanila - 1 penutup

- Bahan Sos -

*Susu cair - 1 tin
*Gula - 3 camb
*Tepung kastad - 2 camb


- Cara Membuat -

1. Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam mangkuk.
2. Tuang susu ke dalam mangkuk - rendam roti selama 20 minit.

3. Dalam bekas lain - satukan semua bahan B dan pukul hingga sebati.
4. Campurkan bahan B dan A - ratakan
5. Bakar dengan api perlahan sehingga masak - SIAP!

6. Satukan semua bahan sos - masak dengan api perlahan hingga pekat - SIAP!




Nota : Kali ke 2 buat, Aku tambahkan sekotak kismis *kecil* dan coklat M&M pada langkah ke 4. Resepi asal kak Kujie memang tak ada kismis atau coklat, sengaja Aku tambahkan ikut kehendak rasa tekak *huhuhu* Sebab Aku gila coklat! Tak hilang rasa asal puding roti tapi bertambah rasa kismis dan coklat je. Terpulang nak tambah apa pada langkah ke 4 tu, kismis ke coklat ke buah ke bla bla bla. Puding roti ni Aku bakar guna magic pan. Kalau nak kukus pun boleh je, lagi tahan lama. Tapi lagi sedap kalau bakar.


No comments :

;