Sengkenit - Apa Binatang Tu?


- 22 Ogos 2013 -

Sengkenit? Apa binatang tu? Macam mana rupa dia?

Bahaya ke sengkenit ni? Macam mana 'halau' binatang sengkenit ni?

Aku sendiri pun tak tahu macam mana rupa sengkenit ni (",) Seumur hidup tak pernah tengok binatang bernama sengkenit ni. Sampai la diserang sengkenit pun, Aku masih belum tahu rupa sengkenit tu. Blurrr! Bermula dari Mak call - bercerita itu ini begitu begini tentang sengkenit - ia mengingatkan Aku pada video bot fly yang Aku tengok kat Youtube beberapa minggu lepas. Seram wooo! Terbayang macam-macam dah dalam kepala ni. Aisehhh (-,-)"

Al-kisahnya; 3 hari lepas - sebaik habis mandi Intan terus panggil Aku dan tanya "Kakak, ada kena sengkenit tak?" Aku blur. "Sengkenit? Tak ada pun. Kenapa?" Muka Intan berkerut serius semacam je.  "Tak ada? Betul ke tak ada? Cuba akak tengok betul-betul" balas Intan sambil belek-belek badan Aku. PELIK. "Kenapa dik?" Makin blur Aku dibuatnya! "Tadi orang mandi baru perasan kat kaki kat badan ada banyak sengkenit. Orang dah cabut masa mandi tadi.. Lebih baik akak cabut cepat!" Serius je muka Intan. "Sengkenit? Mana pulak datangnya sengkenit? Bertambah pelik. "Hari tu kan kita masuk hutan..." jawab Intan. Aku dah la blur, bertambah confuse bila Intan kaitkan sengkenit dengan aktiviti kami masuk hutan tempoh hari (x_x) Apa kena mengena sengkenit dengan hutan?

Aku tanya Intan "Macam mana rupa sengkenit tu?" Katanya macam kutu. Kecikkk je. Tapi rupa kutu pun Aku tak tau macam mana *sila abaikan* Aku tanya lagi "Macam mana nak buang sengkenit tu?" Katanya cabut/tarik je dari kulit kat badan. Cumanya sengkenit ni halus sangat dan susah nak nampak sebab warna dia nak sama dengan kulit (o_O)" Aku tanya jugak lagi "Dah cabut sengkenit tu nak buat apa?" Intan kata kena sepit/lenyekkan dengan kuku macam bunuh kutu. Aku blur tapi tanya lagi "Kalau biarkan je sengkenit tu tak apa ke?" Intan cakap "EH JANGAN! nanti dia bertelur jadi banyak!" Gelabah tapi lega bila Intan tak jumpa pun sengkenit kat badan Aku. So Aku anggap diri bebas sengkenit. Langsung dah tak fikir, tak ambil tahu, tak ambil berat dahhh. Sampai la...



Aku kena serangan sengkenit!!!

Bangun pagi esoknya badan terasa sengal-sengal. Ada rasa sedikit gatal juga *garu-garu* Entah macam mana masa garu tu Aku berasa ada sesuatu tertanggal dari kulit. Aku tengok. Apa bendanya ni? Satu serangga yang sangat la kecil dan halus bewarna oren/peach. Terus teringat apa yang Intan beritau. Ini ke sengkenit? Aku lenyekkan sengkenit tu bagi mati. Ada kesan lubang halus pada kulit yang digaru. Aku cari lagi. Mak aih banyak betul sengkenit kat badan Aku!! Cabut dan matikan sengkenit tu. Setakat yang tercapai. Kemudian Aku lumurkan minyak merah kat seluruh badan - PANAS!!! Disebalik rasa panas tu terasa ada 'benda' keluar dari kulit = sengkenit. Terus lenyekkan sengkenit-sengkenit tu bagi mati. Aku ulang sapu minyak panas sampai yakin tak ada sengkenit lagi kat badan.



Sengkenit dah bertelur dan membiak!

Petang Mak call  bagitau pasal sengkenit. Katanya seluruh badan, sendi terasa sengal dan demam. Rupanya serangan sengkenit pada Mak lagi banyak dan lebih teruk dari Aku. Menakutkan bila Mak bagitau sengkenit akan kekal pada kulit/badan kalau tak dibuang! Sengkenit akan membiak dalam lapisan kulit dengan menghisap darah. Lebih dahsyat lagi bila Mak bagitau sengkenit pada badannya dah bertelur dan menetas (x_x) Apakah? Ngerik ok! Baru 4 hari je kot. Takkan dah bertelur dah menetas? Dan baru tahu rupanya hutan yang kami jelajah hari tu ada satu kawasan berlumpur yang banyak kesan tapak kaki babi *dia berkubang* dan najis babi kat sekitarnya. Dari situ la datangnya sengeknit. Masa ni dah rasa menyesal sebab masuk hutan hari tu.. Walaupun bernasib baik tak terserempak dengan babi hutan hari tu, sudahnya tetap tak bernasib baik juga bila dihinggapi wakilnya si sengkenit ni (-,-)" Kecik cenonit tapi penangan dia pergghhh boleh rebah dibuatnya!




Cara membuang sengkenit.

Sengkenit kat badan ni.. Diusik rasa sakit. Nak dicabut/tarik gitu je tak boleh, kuat cengkamannya. Gemuk pulak tu! OK macam yang ditulis kat atas tadi, Aku gunakan minyak panas merah - sapukan ke bahagian kulit/badan yang ada sengkenit. Tujuannya supaya mudah nak cabut sengkenit. Kalau tak, makin ditarik makin kuat dia cengkam dan masuk ke dalam kulit. Ada yang tanggal sendiri kerana kepanasan dan ada yang kena cabut sebab sengkenit tu semakin benam ke dalam kulit. Cara Mak pulak; sapukan campuran minyak masak *minyak panas pun boleh* dan bawang putih yang dikisar ke bahagian yang ada sengkenit. Lepas sapu tunggu sekejap bagi meresap ke kulit, bagi sengkenit tu pening dan cabut. Dah cabut matikan sengkenit tu! 




Info ekstra | Tentang sengkenit.


Apa itu SENGKENIT? - Sengkenit atau cengkenit/ kutu babi/ pirah adalah sejenis parasit yang hidup dengan makan darah pada MAMALIA, burung dan kadang-kadang pada reptilia dan amfibia. Sila rujuk 'sumber' dan tengok gambar yang ke-3 (ixodes hexagonus) adalah sengkenit yang menyerang Aku, Mak dan Intan.

Habitat SENGKENIT - Seluruh dunia terutamanya di negara yang mempunyai iklam panas dan lembab - tropika. Di negara-negara tropika, kutu adalah haiwan domestik yang menjadi penyebab kemudaratan sebahagian besar ternakan dengan penghantaran pelbagai spesis patogen dan juga menyebabkan kerosakan parasit secara langsung. Antara penyakit yang disebarkan oleh kutu ini ialah Lyme, Ixodid Ticks, Particularly 1 dan Scapularis - SUMBER.




Anatomi & Fisiologi SENGKENIT - Darah adalah satu keperluan untuk kutu hidup dari peringkat kehidupan mereka kepada yang akan datang. Kutu mengeluarkan darah dengan memotong lubang didalam epidermis hos (mangsa). Kutu akan mati jika tidak mendapat hos sebagai sumber darah.

Kutu mencari hos dengan mengesan nafas haiwan dan bau badan, atau dengan mengesan haba badan, kelembapan dan getaran. Kutu tidak berupaya untuk terbang atau melompat, tapi kebanyakan spesis kutu menunggu di kedudukan yang dikenali sebagai 'questing'. Dalam kedudukan questing - kutu akan berpaut pada daun dan rumput dengan pasang kaki ke-3 dan ke-4 sementara pasang kaki yang pertama akan terjulur menanti dan bersedia untuk memanjat hos! Kutu akan memanjat hos dengan kadar yang sangat pantas! Sesetengah kutu akan melekat pada hos dengan cepat manakala yang lain berkeliaran mencari kulit nipis seperti telinga. Kutu memerlukan masa diantara 10 minit hingga 2 jam untuk membolehkan mendapat makanan dari hos, bergantung kepada spesis dan peringkat kehidupan - SUMBER.


5 comments :

eMMe said...

yea.. hati2 la dgn cengkenit nih... kalo masuk rongga lagi bahaya... dia binatang menghisap darah kan.. so, memana pi... kene la berwaspada selalu... biasa cengkenit ni banyak kat binatang cam ayam... itik.. berbulu pelepah nih... n dlm hutan ringan pun ada cengkenit...

ME illusionist said...

eMMe ada tips untuk 'halau' sengkenit tak selain dari cara yang dinyatakan?

eMMe said...

errrr..aku pun tak ingat camner nak buang cengkenit ni... lame dah tak kene, tapi taknak la kene...

ME illusionist said...

Huhuhu~ Tak apa la :)

HILMAN IRSYAD said...

PERNAH KENA BUAH MENGGENYAM. GUNA MINYAK MASAK BARU LEGA.SO KALAU PERGI2 MANA KENA HATI2

;