HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Sambal Terung NY


- 18 Ogos 2013 -

Resepi : tyara NY
Kategori : Sayur | Sambal
Saiz hidangan : 3-4 orang

Sinopsis : Sambungan dari Rendang Ayam Bakar NY. Okey terung ni pun permintaan juga. Mak Andak belikan terung, minta Aku masakkan sambal terung. Teringin sambal terung Aku katanya. Sambal terung yang Mak Andak request tu resepi yang Aku reka sendiri bertahun dulu. Errr.. Sebenarnya dah lama Aku tak masak sambal terung tu plus dah lupa resepinya! *huhuhu* Tapi Aku masak jugak la. Simple je berbanding resepi asal dulu yang banyak bahan. Dah masak Mak Andak komen "Macam tak sama dulu-dulu je Gee.." Hehehe memang pun! (-,-)" OK takpe, kalau Aku dah ingat resepi asal tu nanti Aku update balik resepi ni..



- Bahan-Bahan -

*Terung - 6 batang (potong kecil)
*Bahan tumis - secukupnya (dikisar)
*Ikan bilis - ½ cawan (dikisar)
*Cili padi - ½ cawan (dikisar)
*Serbuk cili - ½ cawan
*Asam keping - 1-2 keping
*Kunyit - secukupnya
*Garam - secukupnya

- Cara Memasak -

1. Gaulkan terung dengan garam dan serbuk kunyit - perap seketika.
2. Goreng terung hingga garing - angkat dan toskan minyak.
3. Goreng bahan tumis dan ikan bilis dengan minyak goreng terung sehingga naik bau.
4. Bancuh serbuk cili dengan air dan masukkan ke dalam bahan tumis tadi.
5. Masukkan asam keping - goreng hingga cili betul-betul masak.
*tambah sedikit air jika perlu*
6. Bubuh garam secukupnya dan masukkan terung - kacau rata. SIAP!


Nota : Asam keping boleh tukar dengan asam jawa atau belimbing buluh. Setiap bahan tu mempunyai rasa masam yang tersendiri dan memberikan rasa yang berbeza pada sambal. Sambal terung ni kering, so kalau nak berkuah boleh la tambahkan air. Ikut la citarasa masing-masing.


2 comments :

eMMe said...

aku selalu masak terung masak lado camnih.. cume ada bahan la yg kureng... hehehhe...

ME illusionist said...

Kongsi la resepinye kat blog! Boleh cuba resepi eMMe pulak ;)

;