HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Rendang Ayam Bakar NY


- 18 Ogos 2013 -

Resepi : tyara NY
Kategori : Lauk Pauk | Ayam
Saiz hidangan : 6-7 orang

Sinopsis : Mak minta masakkan makan tengahari untuk saudara mara yang datang menolong untuk persiapan kenduri adik Aku Shahrul. Awalnya Mak cadangkan masak Ayam Berempah resepi rahsia Aku sebab ramai yang minta masak tu. Sekali minyak masak tak cukup daaa (",) Dek kerana nak jimatkan minyak Aku modified bahan-bahan dan bakar dalam magic pan. Bila Pak Su nampak ayam tu, dia tanya "Ni ke Ayam Berempah kau tu? Bukan goreng ke?" Aku sengih je. Pak Su rasa ayam tu "Ni RENDANG AYAM ni. Sedap laaa. Pandai kau masak rendang bakar dalam pan" Eh? Tetiba je Ayam berempah jadi rendang ayam. LOL! Maka Aku namakan resepi ni dari sebutan spontan Pak Su 'RENDANG AYAM BAKAR'. Apa-apa je la Pak Su (^_^)



- Bahan-Bahan -

*Ayam - 1 ekor (potong kecil/12)
*Bahan tumis - secukupnya (dikisar)
*Cili padi - ½ cawan
*Halia - segenggam
*Lada hitam - ½ cawan (dikisar)
*Serbuk cili - ½ cawan
*Serbuk kunyit - secukupnya
-Serai - 6 batang (diketuk)
*Daun limau purut - setangkai (hiris halus)
*Garam - secukupnya
*Marjerin - ¾ cawan

- Cara Membuat

1. Gaulkan ayam bersama bahan kisar, daun limau purut, serbuk cili, serbuk kunyit, garam - perap seketika.
2. Cairkan marjerin dalam magic pan - ratakan seluruh permukaan pan.
3. Masukkan ayam ke dalam magic pan.
4. Tuangkan baki rempah dan serai ke atas ayam dalam magic pan.
5. Tutup magic pan dan bakar sehingga separuh masak.
6. Balik-balikkan ayam dan tutup semula - bakar sehingga masak. SIAP!


Nota : Asalnya resepi ni adalah AYAM BEREMPAH tapi Pak Su katakan RENDANG AYAM. So Aku ulang buat kali ke 2 atas permintaan dan tambah daun limau purut. Ada sedikit perbezaan rasa. Aku lebih suka tanpa daun limau purut. Oleh kerana ada permintan lagi, Aku ulang buat dan tambahkan 3 bahan lain pulak - kerisik, kunyit hidup, dan daun kunyit. Baru ada rasa rendang sesuai dengan sangkaan Pak Su. Maka untuk modified kali ke 3 Aku tukar nama resepi kepada RENDANG AYAM BEREMPAH BAKAR. Ada 3 versi ayam bakar untuk dicuba!


2 comments :

eMMe said...

aku lame tak masak rendang wei! hhahahaha...

ME illusionist said...

Heh? Boleh masak kot, raya tak habis lagi ni ~heheheh

;