HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Mati Kerana Kucing


- 21 Jun 2013 -


Tulisan tentang kucing sebelum-sebelum ni, Aku tak pernah sebut kenapa Aku tak suka kucing. Ok Aku dan adik-adik sebenarnya alergi dengan kucing sejak dari kecil lagi. Sangat. Aku dan adik-adik pengidap resdung kronik! Disebabkan tu kami dilarang menyentuh kucing apalagi bermain dengan kucing. Maka ia adalah KEBIASAAN, mindset sejak dari kecil lagi. Sampai la muncul Putih yang menjadi kucing peliharaan pertama Intan & famili GYF.. Serius kalau arwah Abah masih ada memang tak la dia benarkan. 

Bela Putih tu pun tak sengaja, tanpa pengetahuan Mak. Intan nampak Putih kat pekan, senyap-senyap dia bawa masuk dalam kereta (-,-)" Dari situ la bermulanya kisah kucing-kucing kat rumah. Dan dari situ juga la bermulanya kucing-kucing lain dibawa balik ke rumah. Bukan Intan tapi Mak yang bawa balik. Kebanyakannya kucing yang sakit. Mak rawat dan jaga sampai sembuh. Dah sembuh takkan la kucing tu nak balik ke tempat asal dia kan? Atau letakkan balik kat tempat kucing tu diambil kan? Bela laaa bela!

Entah tak terkira dah berapa banyak kucing yang Mak selamatkan. Yang paling Aku tak boleh lupa si Kuning. Mak jumpa kuning tepi jalan. Kaki patah, leher senget di langgar kereta. Memang kesian keadaan Kuning masa tu. Dari tempang dan leher senget, Kuning sembuh. Leher dah tak teleng, boleh berlari-lari macam kucing-kucing lain. Sejak sembuh Kuning tak pernah pergi berdekatan jalanraya. Rasanya atas jalanraya pun Kuning tak pijak. Fobia mungkin.



KEGILAAN TERHADAP KUCING.

Selain kebiasaan sejak kecil, salah satu sebab Aku tak suka dengan kucing kerana satu cerita Mak lebih kurang 6 tahun lepas. Cerita tu melekat kuat-kuat dalam ingatan Aku. Setiap kali nampak kucing atau bertandang ke rumah mereka yang bela kucing, cerita Mak tu terus menerjah fikiran. Serius cerita tu menghantui Aku. Ngeri. FOBIA!

Ceritanya - Ada sorang kawan Mak yang sangat la sukakan kucing. Dia bela banyak kucing. Macam-macam jenis baka kucing yang dia bela. Dia sanggup berhabis duit untuk kucing-kucing tu. Hidupnya dengan kucing saja. Tak pernah berkahwin sehingga akhir hayat dia. Hanya dia dan kucing. Setiap tahun dia akan bawa kucing-kucingnya yang terbaik untuk sertai pertandingan 'KUCING COMEL'. Kata Mak, kawan dia tu menang 4 tahun berturut-turut!

Dalam kucing dia membiak dan bertambah, kesihatan kawan Mak tu makin merosot. Dia kerap jatuh sakit. Setiap kali buat pemeriksaan di klinik/ hospital, doktor bekalkan ubat. Tapi sakit dia tak pernah sembuh malah semakin teruk. Sampai suatu tahap, dia sesak nafas dan dikejarkan ke hospital. Hasil pemeriksaan dari x-ray mendapati ada objek berbentuk bulat tersangkut di saluran pernafasnnya yang menjadi punca dia sesak nafas. Apa bendanya tu?




MATI KERANA KUCING

Doktor pun tak pasti, tak tahu apa objek bulat tu. Keadaan kawan Mak tu makin kritikal. Alat bantuan pernafasan pun tak dapat membantu. Nafasnya tersekat-sekat. Akhirnya pembedahan terpaksa dilakukan untuk membuang objek berbentuk bulat tu. Pembedahan tu berjaya. Objek berbentuk bulat tu sebenarnya adalah gumpalan bulu kucing! Mana datangnya segumpal bulu kucing tu? Dari kucing-kucing peliharaan dia. Macam mana bulu kucing boleh ada + bergumpal di saluran pernafasan dia? Sebab dia menyedut udara yang dipenuhi dengan bulu kucing.

Malangnya beberapa hari selepas pembedahan tu kawan Mak meninggal dunia kerana berlaku jangkitan kuman selepas pembedahan dan dalam paru-paru. Dia pergi tinggalkan semua kucing-kucingnya. Kucing yang menjadi punca masalah kesihatannya. Selepas dia meninggal semua kucing tu dihantar ke pusat haiwan kerana tiada kaum keluarga yang mahu membela kucing-kucing tu. 

Sejak dengar cerita tu la Aku mula tak sukakan kucing. Apa nak buat, Intan pulak bela kucing. Terkadang Aku terasa udara yang Aku sedut setiap hari macam ada bulu kucing sekali. Selalu batuk. Terasa macam ada sesuatu kat tekak (x_x) Kemudian membayangkan segumpal bulu kucing yang penuh dengan bakteria di saluran pernafasan. Aisehhh.. Al-Fatihah untuk arwah kawan Mak tu..


No comments :

;