HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Cari Ketam + Matahari Terbenam


- 27 Mei 2013 -

Sepatutnya hari ni Aku bertolak balik KL. Tapi terpaksa tunda sebab Aku ngek (-,-)" Okey! disebabkan tak jadi balik KL, rancangan Armand dan Intan pun bermula.. Mandi laut la, mandi sungai la, tengok wayang la, main boling la apa segala bagai. Aku diam je sebab Aku harap dorang sebut "jom cari ketam + siput" sebenarnya. Terbayang kali terakhir kami cari ketam sebelum ni. Banyak gila dapat ketam! Saja Aku tunggu dorang sebut satu satu plan memasing. Sampai la cadangan "Cari siput nak tak?" terus Aku setuju "Haaa yang tu paling best!" Muka dorang macam ni ha --> (x_x) Exited  kot tapi bila sampai pantai, air laut pasang. Kecewa disitu. So  mandi laut je laaa.


Pantai Tanjung Rhu.

Air laut mulai surut.

Kejadian alam, cantik tak?

Suka tengok ni - cantik!!

Tanda air laut semakin surut - jellyfish terdampar di pantai.

Emir Armand.. Kalau dah suka melukis tu.. hhmmm..

Matahari mula terbenam dan air laut semakin surut.

Kira tapak kaki ke?

Wawa - peace!

Matahari terbenam, cantik kan?

Dari mandi laut kami beralih ke kawasan air surut dan cuba mencari siput/ ketam. Macam susah je kali ni.. Mungkin kerana air laut belum surut betul dan kerana hari pun dah mula gelap. Dalam samar-samar tu dapat jugak la tangkap dalam sedozen ketam. Takpe tunggu esok lusa, air surut petang boleh cari lagi. Kalau rajin (",)  K bye!

No comments :

;