Review | EPHYRA


- 1 Ogos 2017 -

Assalamualaikum.

Hhmmm.. (",)

Produk penjagaan kulit yang Aku gunakan sekarang ni terasa tak memberikan kesan seperti ketika mula-mula menggunakannya dulu. Tak nak la sebut apa brand yang dah tak berkesan tu okey. Walaupun tak berkesan Aku masih gunakan sampai habis sementara survey penjagaan kulit yang lain. Ada 3 jenama yang menarik perhatian Aku *tapi tak nak sebut la brand  lain tu. hohoho* termasuk la EPHYRA. Masa ni konflik teruk antara hati dan fikiran. Hati cakap "Okey beli la.." Akal pulak kata "Nanti dulu la.. Pilih betul-betul.. Jenama yang ni ke yang satu lagi okey ek?" Stresss! (x_x) Perempuan, biasa la kan. Nak pilih satu-satu benda tu memang payah. Kannn? Hehehe. 




EPHYRA ni berhantuuu! (-,-)"

Setiap kali tengok duta EPHYRA - Memey Suhaiza kat FB/Insta, dalam hati ni mesti " Wow cantiknya la kulit Memey.." Tapi masih ragu-ragu nak beli ke tak (",) Hari ni Aku beli barang dapur kat Mydin. Siap beli barang terus tuju ke kereta. Tiba-tiba, ternampak EPHYRA terpampang kat satu kedai kosmetik. Terus terbayang kulit Memey yang bersih, gebu, glowing tuuu. Tak sedar Aku dah masuk dalam kedai tu minta satu set EPHYRA + bayar! Masuk dalam kereta baru sedar dah terbeli. Melangun kejap. Hahaha. Ok dah beli kan? Maka inilah set penjagaan kulit baru pilihan Aku. Tak sabar nak guna dan tengok hasilnya. Boleh jadi macam Memey tak? Jeng jeng jeng!



Intro - Jenis Kulit 

Sebenarnya.. Aku tak berapa okey dengan rutin tepek krim bagai kat muka. Tak ada masa + leceh = Malasss! (x_x) Tapi setiap kali tengok cermin, nampak muka sendiri yang suram, kusam, jerawat, garis halus, pori-pori membesar, parut, mata lebam, kulit kasar, berminyak buatkan Aku rasa rendah diri + hilang keyakinan berdepan dengan orang ramai = rasa TAK CANTIK. Dan perasaan tu boleh menimbulkan STRESSS! Kat bawah adalah gambar Aku sebelum EPHYRA. Gambar kiri - calit bedak sikit + lipstik. Gambar kanan tanpa mekap langsung *klik imej untuk besarkan gambar* Nampak tak? Hhmmm.. Harap EPHYRA dapat merwat masalah kulit Aku ni. Perempuan mana yang tak nak cantik kan? OK tepek jangan tak tepek! ISTIQOMAH (-,-)" Insha Allah selepas 3 atau 7 hari Aku akan sambung entri ni untuk kongsi testimoni selepas EPHYRA. Moga hasilnya positif. Tungguuu!





27 Ogos 2017 - Testimoni/Review

Assalamualaikum.

Pergghhh lambat betul Aku sambung entri ni kan? Selepas 3 atau 7 hari konon.. *Hehehe* Biar lambat asalkan hasilnya positif. Dah 27 hari berlalu sejak Aku mula gunakan EPHYRA. Okey ke okey? Jeng jeng jeng! Okeyyy hasilnya sangat la positif. Suka sangat! Perubahan yang ketara pada muka Aku - kulit semakin bersih, halus, licin, lembut, lembap, cerah, parut jerawat/jeragat pudar, liang-liang roma mengecil halus, tak berminyak lagi. Aku dapat rasa + tengok perubahan tu hanya dalam masa 9 hari je. Aku 'terpaksa' katakan EPHYRA adalah rangkaian penjagaan kulit TERBAIK yang pernah Aku guna. SERIUS! Kulit muka Aku juga nampak flawless  & glowing walaupun tanpa mekap.



Menggunakan EPHYRA
*cara Aku*


EPHYRA Skin Bar - sabun ni Aku guna bukan 2x sehari tapi berkali-kali. Setiap kali nak solat, Aku akan cuci muka dengan EPHYRA Skin Bar ni walaupun tak ada mekap kat muka *aku tak suka mekappp!* Setiap kali cuci tu kulit terasa bersihhh, freshhh, halus, lembut, tegang plus wangi juga! Mula-mula pakai sabun ni kulit bertukar jadi merah semasa gosok muka. Bila dah cuci bersih merah pada kulit tu hilang, tak nampak pun pada pipi. Tapi Aku tetap guna. Mungkin itu kesan tindakbalas kulit dengan bahan-bahan dalam EPHYRA Skin Bar. Lama-lama kesan merah tu tak ada lagi bila Aku cuci muka, kecuali pipi sebelah kiri masih ada sikit mungkin sebab masih banyak kesan jeragat.





EPHYRA Skin Nano - Serum ni Aku tepek waktu malam je sebelum tidur. Pagi/siang Aku tak tepek pun walaupun disarankan tepek 2x sehari yakni pagi dan malam untuk kesan yang lebih baik. Serum ni tak berminyak, cepat menyerap ke dalam kulit, tak melekit dan wangi lembut je bau dia. Kesan yang Aku dapat rasa + tengok = garis halus *kedut kottt* kat dahi makin halus/hilang, kulit tegang, kulit putih/cerah. Paling paling paling best, EPHYRA Skin Nano ni berjaya kurangkan kesan mata panda + sembab yang bertahun-tahun Aku cuba atasi/rawat. Bukan setakat berkurangan tapi kesan mata panda dah hilang, tak nampak lagi. Rupa Aku nampak berbeza tanpa mata panda okey! (^_^) Produk yang Aku gunakan sebelum ni tak pernah pun kurangkan atau hilangkan masalah mata panda Aku. Tapi EPHYRA.. HASILNYA LEBIH DARI APA YANG AKU FIKIR, INGIN, BAYANGKAN. Tak sangka sangat!





EPHYRA Skin Snow - Krim ni Aku tepek waktu pagi/siang je. Malam Aku tak tepek pun walaupun disarankan tepek 2x sehari untuk kesan yang lebih baik. Krim ni tak melekit, tak berminyak, wangi gila bau dia. Lepas cuci muka dengan EPHYRA Skin Bar lepas tu sapu krim EPHYRA Skin Snow ni, kesegaran kulit terasa berganda, nyaman, lembut je kulit. Kesan penggunaan EPHYRA Skin Snow ni, kulit kusam/mati sebelum ni bertukar jadi lebih bersih, cerah, ada la nampak 'cahaya' sikit kat kulit (",) Warna kulit muka makin sekata, putihkan kulit sikit, kulit rasa lembut dan lembab, flawless. Ok, walau hiperaktif macam mana sekalipun Aku pada hari tu + berpanas berpeluh, muka tak berminyak teruk macam sebelum ni. Tak 'terbakar' teruk walaupun lama terdedah pada cahaya matahari.


BERSAMBUNG LAGI..


Baca Selanjutnya " Review | EPHYRA "

Aidilfitri 2017


- 1 Julai 2017 -

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin,
kepada pembaca muslimin muslimat blog tyara NY.



Dengan ingtan tulus ikhlas,
dari kami berdua - tyara NY & anakanda Emir Armand.

Semoga Syawal diraikan dengan rasa gembira dan bahagia (^_^)


Dikesempatan ini juga,
Aku ingin ucapkan sekali lagi,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada,


1. Seluruh Famili GOS & Famili GAZ,
Tak dapat nak sebutkan satu-satu nama, ramai sangat!

_________________________________________________________________________________________


2. Sahabat & BFF,
Eric Lee, Lyana Zulkifli, Hazel & Amy.

Sahabat, saudara baru Eric Lee, terima kasih kerana sentiasa ada ketika Aku memerlukan seseorang. Terima kasih tak terhingga untuk banyak perkara yang tak tertulis di sini. Siapa sangka, siapa duga, saudara baru seperti kau yang membantu Aku bangkit dari 'kejatuhan'. Tanpa sokongan, bantuan, usaha dan dorongan kau, tak mungkin Aku dapat kembali berdiri teguh hari ni. TERIMA KASIH, AKU SANGAT HARGAI SEGALA YANG TELAH KAU LAKUKAN UNTUK AKU.. Namun maaf, jika penolakan Aku telah buatkan kau rasa sedih dan sakit. Maaf kerana Aku tak dapat, tak boleh berikan permintaan kau yang satu tu. Aku harap kau, kita tetap bersahabat dalam mencari laluan Ilahi seperti selalu. Kerana tak mustahil kita dapat membawa satu sama lain ke syurga walaupun sebagai sahabat..

Sahabat terbaik, Lyana Zulkifli, terima kasih kerana menjadi sahabat terbaik dunia akhirat, yang paling tulus dan ikhlas di antara semua sahabat. Terima kasih atas segala kebaikan yang dicurahkan tanpa jemu sejak kita kenal dulu sehingga kini. Aku nak kau tahu "AKU SAYANG KAU" kak. Untuk kehilangan besar yang kau lalui ketika ini, Aku tak mampu untuk berjanji, tapi Aku akan cuba sentiasa ada untuk kau pula pada bila-bila masa. Kerana 'sahabat kita kepada kita adalah tanggungjawab kita' - itu adalah kau kak. Kau ada Aku. Dah sampai giliran Aku, insha Allah.. (^_^)

Sahabat - Hazel & Amy, terima kasih atas ingatan yang sentiasa ada pada Aku. Maafkan Aku andainya persahabatan yang terbina dulu, kini terasa jauh dan renggang. Adakalanya kita kena dan perlu buat yang terbaik demi kebaikan diri sendiri. Tiba waktunya kita perlu berubah - kepada sesuatu yang lebih baik dan bernilai. Aku perlukan mereka, kelompok yang terbaik untuk menjadikan diri lebih baik. Aku perlukan tu, Aku ingin menuju ke sana. Tapi itu bukan bermakna kau tidak baik, tapi kerana Aku sendiri yang tak cukup bagus dan baik sebagai sahabat, MAAFKAN AKU. 

_________________________________________________________________________________________


3. Lelaki yang Aku suka.. IK
Hai awak, Selamat Hari Raya :)

Terima kasih kerana telah mencuri hati Aku.. Sehinga kini, walaupun kau tak pernah tahu Aku suka, Aku tak kisah. Kerana rasa suka pada kau sudah memadai untuk mengisi kekosongan hati. Andainya kau tahu, Aku sentiasa ambil tahu perihal kau, Aku sentiasa mengikuti perkembangan kau di kejauhan, Aku sentiasa 'menjaga' dan mengambil berat tentang kau dari sini.. Moga suatu hari nanti kau sedar dan tahu kewujudan Aku di sudut ini. Andainya kau tahu, kau sentiasa ada dalam setiap doa Aku, kau sentiasa dalam ingatan walau dimana Aku berada, kau sentiasa didalam hati walau mereka yang lain berusaha memasukinya. Aku tetap utuh dan teguh pada rasa Aku terhadap kau dengan sekelumit harapan. Semoga doa Aku dikabulkan dan 'ia' adalah kau. Andainya rasa pada kau ini betul, penantian ini berbaloi, insha Allah kita akan bertemu jua dengan cara dan aturan Allah. Insha Allah.. AKU SUKA KAU.

_________________________________________________________________________________________


4. Team Onexox & User Onexox,
dibawah kendalian Aku dan kenalan dealer ++

Terima kasih kepada pihak DMT/pengurusan Onexox kerana meletakkan Aku dalam senarai dealer  di laman rasmi Onexox. Kerana itu Aku sentiasa menerima prospek yang ingin menukar/menggunakan telco Onexox! *walaupun jarang sangat promo di media sosial* Boleh dikatakan 99% prospek Aku adalah mereka yang layari laman rasmi Onexox. Disebabkan KELEBIHAN tu, Aku tak perlu kerap buat promo + boleh fokus kerja dan biz lain *jangan marah haaa* TERIMA KASIH CEO Onexox Arie Sham, geng dealer  Asman, Rusdee, Faizal, Yon ++  *update  info sebab Aku selalu 'tertinggal keretapi. hohoho* Tak lupa juga kepada semua user  terutama mereka yang war-war dan perkenalkan Onexox kepada umum seterusnya bawa prospek terus kepada Aku. TERIMA KASIH SEMUA (*_^)

_________________________________________________________________________________________


5. Ex-Boss  tempat-tempat kerja lama,
Haji Kamal, Haji Yusof & Norazlina.

Terima kasih atas ingatan, peluang dan kepercayaan yang diberikan, terutama Prof Haji Kamal yang sentiasa tawarkan peluang-peluang *antaranya besar* untuk bekerjasama. Aku sangat hargai segala peluang tu, maaf kerana terpalsa menolak. Terima kasih juga untuk segala kelebihan, keistimewaan dan kebaikan bos-bos sewaktu menjadi majikan dulu dan sehingga kini. Semoga Allah membalas kebaikan bos semua. Insha Allah suatu hari nanti Aku pasti terima salah satu peluang tu sebab dah larat jadi kuli *hohoho!* Macam tak lama lagi jeee (^o^)

_________________________________________________________________________________________


6. Semua  supplier  customer  biz secoet Aku,
Onexox, Catalyst, Mary Jardin, Ephyra, Secretleaf ++

Terima kasih customer semua.. Terima kasih menjadi pelanggan setia dan perkenalkan Aku kepada orang lain. Samada supplier atau customer, dari hubungan penjual-pembeli, kebanyakannya kita telah menjadi kawan! TERIMA KASIH kerana memilih untuk membeli belah di kosmetik2u.MY! Pada ketika ini, Aku sedang plan dan berusaha untuk menjadikan kosmetik2u.MY butik di alam nyata selain alam maya seperti yang disarankan.. Wish me luck!

_________________________________________________________________________________________

Maaf Zahir Batin,
Semoga kita semua diberkati 
Dan sentiasa dalam lindungan serta rahmatnya.


Baca Selanjutnya " Aidilfitri 2017 "

Nukilan Ramadhan 2017


- 20 June 2017 -

Assalamualaikum.




Selamat Berpuasa Semua!

Hohoho! Dah nak hujung puasa baru nak ucap selamat? Bz kerja oiii! (-,-)" Hhmmm.. Tinggal beberapa hari je lagi Ramadhan, macam mana Ramadhan korang? Best ke best? Mesti best kan? Aku? Alhamdulillah seadaanya, walaupun tak semeriah mereka-mereka yang post di FB. Aku tetap happy meraikan Ramadhan dan menjalani ibadah puasa. Yang tak bestnya, pembuka dan penutup puasa ABC la pulak! Jenuhhh laaa!! Huhuhu.

Okey Ramadhan kali ni kat tempat kerja baru, suasana baru, orang-orang baru. Bersahur kat tempat kerja, berpuasa kat tempat kerja, berbuka pun kat tempat kerja. HARI-HARI. Kesian kan? (",) Bukannya tak tahu bulan puasa ni meriah dengan makanan kat param. Tapi Aku ni, jangan kata nak pergi param, nampak param pun belum lagi sepanjang puasa tahun ni. Dari hari pertama, hari-hari plan, tapi sampai ke sudah tak jejak jugak param (-,-)" Punya la teringin nak makan kuih-kuih + makanan yang biasa Aku beli setiap kali puasa. Terbayang kuih badak berendam, kuih koci, kuih lopez, roti jala, krim karamel, agar-agar buah kiwi/strawberi/mangga, laksam bla bla bla. Tak dapat lagi salah satu tu, belum merasa lagi Ramadhan kali ni. Terbayang sampai terasa la kat tekak! (x_x) Kesian Aku.. 




Walaupun tak berpeluang lagi pergi param, tak merasa lagi makanan kegemaran puasa, Aku dipermudahkan dan 'diberikan' makanan dengan cara lain *tapi tetap tak dapat apa yang Aku teringin tu* (",) Ramadhan kali ni Aku dilimpahkan dengan juadah bersahur dan berbuka bermacam jenis! PERCUMA. Alhamdulillah.. Percuma sebab kerja Aku rasa makanan (QC). Dalam bulan puasa ni, Aku rasa sikit setiap makanan dengan lidah kemudian luahkan balik *dugaan wooo. jangan nak kata batal puasa pulak yeee* Oppsss! Tak lupa juga simpan semangkuk atau sepinggan makanan yang Aku suka untuk bersahur dan berbuka. Best kan? Tak penat ke param, tak keluar duit. 

Selain makanan yang Aku QC, Aku juga dapat banyakkk buah AVOKADO. PERCUMA jugak! Hohoho. Banyak sampai tak termakan dok perap dalam peti ais (",) Avokado mahal wehhh! Kat TTDI dulu Aku selalu beli sebiji RM5, kat NSK pulak 3 biji RM10. Kali ni Aku dapat free  je, fresh pulak tu! Alhamdulillah rezeki Ramadhan (^_^) Terima kasih Kak Mina. Teringat dialog kami, Kak Mina kata "Kalau nak lagi cakap la, pokok pun saya bagi kat adik.." Aku jawab "Oraittt terima kasih kak. Kalau macam tu, selagi ada buah kat pokok hantar la kat saya" dibalasnya "Okey nanti akak bawak lagi.." Huhuhu. Macam-macam la Aku buat dengan avokado tu. Bagi famili, tepek kat muka buat masker, makan cicah dengan aiskrim + coklat, buat ice blended bla bla bla. Resepi? Nanti Aku kongsi resepi okey!

Baca Selanjutnya " Nukilan Ramadhan 2017 "

16 Mei 2017


- 19 Mei 2017 -

Assalamualaikum.

A day before..




Subuh Sampai Alor Star > terus ambil kereta sewa > pergi UITM ambil jubah > melilau cari homestay > jemput Armand & mak kat jeti Kuala Kedah > nampak sawah padi dak Leha nak bergambar > singgah Aman Jaya Mall beli buku Armand > makan malam > balik homestay > rehat + tidor untuk hari esok. Pehhh serius penat letih lesuuu!

_________________________________________________________________________________________


- 16 Mei 2017 -



Alhamdulillah..

16 Mei 2017

Adik graduate!
Ulangtahun kelahiran Abah..

Tahniah adik!
10 tahu berlalu..
Al-fatihah Abah, Yahya Ahmad.



Lepas ni giliran Armand pulak (*_^)


Baca Selanjutnya " 16 Mei 2017 "

Preview Kosmetik Mamadil


Apa Itu Mamadil?

MAMADIL adalah JENAMA rangkaian produk kesihatan dan kecantikan yang diasaskan oleh Puan Dila Mubarak. Semua produk MAMADIL berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), disahkan HALAL oleh JAKIM dan mendapat pengikrafan  'Makanan Selamat Tanggungjawab Industri' (MeSTI) oleh KKM. Istimewanya, semua produk MAMADIL telah diuji dan digunakan sendiri oleh pengasasnya Puan Dila Mubarak sebagai testimoni, sesuai dengan tagline jenama MAMADIL - 'TESTED. TRUSTED'. Antara kosmetik jenama MAMADIL :



➡ Tak perlu pakai toner
➡ Tak perlu pakai pelembab
➡ Tak perlu pakai krim siang
➡ Tidak melekit dan berminyak
➡ Tidak bercapuk/bertompok bila berpeluh
➡ Memberikan kesan matte-glowing pada kulit
➡ Mengandungi pelindung UV
➡ Bauan yang lembut dan wangi

Kebaikan & kelebihan ekstra

➡ Berfungsi sebagai perawat masalah kulit
➡ Menganjal dan mencerahkan kulit
 Diperkaya dengan STAY-C (sejenis vitamin C),
Vitamin E, Vitamin B3 dan Saccharite 
➡ SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT
➡ Dua tona warna : Natural Beige & Natural Pink

_________________________________________________________________________________________



➡  Mengandungi SPF35
➡ Memberikan kesan 3D!
➡ 5x lebih gebu tanpa foundation!
➡ Merawat kulit berminyak, kering dan berpeluh
➡ Semakin berpeluh (lama) kesan semakin cantik!

Kebaikan & kelebihan ekstra

➡ Melembabkan kulit, bebas kekeringan
➡ Menjadikan tona kulit sekata dan halus
➡ Mengawal warna & minyak agar kulit sentiasa neutral
➡ Tekstur bedak yang licin halus dan selembut sutera
➡ Menggunakan teknologi MULTISAL-MULTILAYER
➡ SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT
➡ Dua warna : Light Beige & Medium Beige

_________________________________________________________________________________________



➡  Mengandungi SPF35
➡ Memberikan kesan 3D!
➡ 5x lebih gebu tanpa foundation!
➡ Merawat kulit berminyak, kering dan berpeluh
➡ Semakin berpeluh (lama) kesan semakin cantik!

Kebaikan & kelebihan ekstra

➡ Melembabkan kulit, bebas kekeringan
➡ Menjadikan tona kulit sekata dan halus
➡ Mengawal warna & minyak agar kulit sentiasa neutral
➡ Tekstur bedak yang licin halus dan selembut sutera
➡ Menggunakan teknologi MULTISAL-MULTILAYER
➡ SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT
➡ Dua warna : Light Beige & Medium Beige




Baca Selanjutnya " Preview Kosmetik Mamadil "

Preview Mary Jardin



Apa Itu MARY JARDIN?


MARY JARDIN adalah rangkaian  produk penjagaan kulit tempatan hasil formula Dr. Maryam Al-Batul, seorang doktor PAKAR DERMATOLOGI di salah sebuah hospital kerajaan. Nama MARY adalah singkatan daripada nama pengasasnya iaitu 'MARYAM' dan JARDIN pula bermaksud 'KEBUN' dalam bahasa Perancis. Dengan kepakaran dalam bidang dermatologi, Dr. Maryam telah berjaya menghasilkan rangkaian produk penjagaan kulit 100% dari BAHAN PREMIUM & ORGANIK tanpa sebarang bahan kimia. MARY JARDIN adalah rangkaian penjagaan kulit pertama di Malaysia yang dihasilkan secara homemade dan tanpa sebarang bahan kimia.

MARY JARDIN diinspirasikan daripada jenama-jenama besar dan terkenal Eropah seperti Josie Maran, Kiehl dan L'Occitane yang dihasilkan menggunakan bahan semulajadi. Kilang MARY JARDIN telah mendapat pengiktirafan GMP (Good Manufacturing Practice) dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2015. Rangkaian penjagaan kulit MARY JARDIN sesuai untuk semua jenis kulit - lelaki dan wanita. Antara produk MARY JARDIN ialah :


MARY JARDIN FACIAL SOAP


  Mencuci pori dengan mendalam
  Menanggalkan sel-sel kulit mati
  Merwat jerawat dan radang (inflamansi) kulit
  Menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru
  Melembapkan kulit dan mengekalkan kelembapan
  Sesuai untuk kulit sensitif, berjerawat, kering
  Juga sesuai untuk merawat ekzema dan psoriasis


_________________________________________________________________________________


MARY JARDIN FACE OIL


  Anti-oksida
  Anti-inflamansi
 A GREAT-GREAT MOISTURIZER

  Merawat kulit sensitif dan kering
  Mengurangkan kerutan / kedutan kulit
  Membantu melegakan keradangan kulit
  Melindungi kulit daripada kesan radikal bebas
  Menyusutkan dan menghaluskan liang-liang pori

  Sebagai mekap primer untuk kesan dewy-look atau super glowing!


_________________________________________________________________________________


MARY JARDIN DETOX CLAY MASK


 MEMBUANG TOKSIK
  Menyingkirkan sel-sel kulit mati
  Membersihkan pori secara mendalam
  Merawat dan memperbaiki sel-sel kulit
  Menggalakkan pembaharuan sel-sel kulit

  Merawat kulit kusam
  Menanggalkan blackhead / whitehead
  Mengurangkan kerengsaan / sensitiviti kulit
  Melembutkan dan memberikan kesegaran pada kulit


_________________________________________________________________________________


MARY JARDIN COLLAGEN SERUM


  Merawat sel kulit rosak
  Memperbaiki tekstur kulit
  Mencegah melanin berlebihan
  Melindungi kulit daripada radikal bebas

  Mengecutkan jerawat
  Mengatasi masalah jeragat
  Pudar / hilangkan kesan parut
  Menganjal dan melembapkan kulit
  Melindungi dan mencerahkan kulit
  Mengurangkan tanda-tanda penuaan


_________________________________________________________________________________


SET MARY JARDIN

Set Asas : Facial Soap + Face Oil + Detox Clay Mask


Set Lengkap : Facial Soap + Face Oil + Detox Clay Mask + Collagen Serum


_________________________________________________________________________________


Sila PM tyara NY untuk order @
SMS / WhatsApp / Telegram 010 801 8019


Baca Selanjutnya " Preview Mary Jardin "

Tuntutan PERKESO/SOCSO


- 15 Mac 2017 -

Assalamualaikum.

WARIS PENCARUM SOCSO KENA AMBIL TAHU INI.



TAHUKAH ANDA?

Jika berlaku kematian kepada pencarum  sebelum berusia 60 tahun, anak-anak si mati yang berusia bawah 21 tahun layak mendapat elaun bulanan sehingga berusia 21 tahun atau sehingga berkahwin (yang mana terdahulu). WARIS SI MATI IAITU ISTERI AKAN MENDAPAT ELAUN BULANAN SEPANJANG HAYAT.

Pencarum yang meninggal dibawah usia 60 tahun dan memenuhi syarat-syarat kelayakan caruman; balu/ duda/ anak-anak dibawah usia 21 tahun kepada si mati akan mendapat faedah PENCEN PENAKAT diantara 50% - 60% dimana jumlah peratusan ini dikira adalah berdasarkan jumlah caruman yang telah dibayar oleh pencarum dari mula bekerja sehingga bulan sebelum kematiannya.

Manakala gaji yang diambil kira pula adalah berdasarkan gaji purata pencarum bagi tempoh 24 bulan sebelum kematiannya. Pecahan bayaran pencen pula adalah sebanyak 3/5 kepada balu/duda dan 2/5 kepada anak sehingga mencapai usia 21 tahun jika belum berkahwin atau sehingga habis ijazah pertama jika masih belajar.

Oleh kerana pengiraan dibuat berdasarkan jumlah caruman yang telah dibayar, jika pencarum telah berhenti kerja sekalipun dan jumlah carumannya memenuhi syarat kelayakan caruman, maka TUNTUTAN UNTUK PENCEN PENAKAT ini masih layak. Tapi jika sekiranya carumannya tidak memenuhi syarat kelayakan caruman, maka tuntutan yang dibuat adalah dikira tidak layak. Syarat-syarat kelayakan caruman ini termaktub dan dijelaskan dalam AKTA KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA 1969.

Salah satu syarat kelayakan caruman bagi PENCEN PENAKAT ini ialah pencarum mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun caruman. PENCEN PENAKAT ini adalah di bawah SKIM KEILATAN yang melindungi pekerja dari keilatan/penyakit yang serius dan juga kematian biasa yang bukan akibat dari pekerjaannya.

Tetapi bagi SKIM BENCANA PEKERJAAN yang melindungi kemalangan atau kematian atau kematian yang berlaku daripada pekerjaan pula, syarat kelayakan adalah berbeza. Sebagai contoh - pekerja yang telah menerima tawaran pekerjaan walaupun belum mambayar caruman kemudian telah ditimpa kemalangan sewaktu bekerja/dalam perjalanan pergi atau balik kerja, atau dalam perjalanan ketika melakukan pekerjaan, maka pekerja tersebut adalah layak membuat tuntutan tanpa mengira jumlah caruman yang/atau belum dibayar olehnya. 

Untuk penjelasan yang lebih jelas dan tepat berkenaan tuntutan PENCEN PENAKATPENCEN ILAT dan SKIM BENCANA PEKERJAAN, boleh dapatkan info di laman web PERKESO atau terus ke pejabat PERKESO berhampiran. Ekstra - Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya majikan gagal mencarum untuk pekerjanya dengan PERKESO. Jangan lupa semak status pendaftaran/caruman di mana-mana pejabat PERKESO atau secara online di eSemak.


Baca Selanjutnya " Tuntutan PERKESO/SOCSO "

Al-Fatihah | Puad B. Othman


- 9 Mac 2017 -

Innalillahi wainnailaihi ra'jiun.

Gambar tahun 2013 : Aku & Pak Long.

Al-Fatihah buat Puad B. Othman.

Arwah Paward @ Puad B. Othman yang Aku panggil Pak Long adalah adik beradik Emak.
Pak Long kembali ke rahmatullah lebih kurang pukul 11am pada 8 Mac 2017 - di rumah Kak Ani (Noraini Puad) di Batang Kali kerana sakit tua. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.

*will be missing you  Pak Long*

_________________________________________________________________________________________

#throwback

Mengingati kembali ketika Aku masih kecil.

Dulu, setiap kali cuti sekolah Aku mesti balik kampung duduk dengan arwah Atuk & Nenek. Adakalanya diikuti sepupu sepapat yang lain. Meriah! Kami semua rapat. Pak Long pun ada. Pak Long memang duduk dengan Atuk & Nenek, jaga Atuk & Nenek. Sekali sekala Pak Long balik rumahnya yang tak jauh dari rumah Atuk & Nenek. Seronok masa kecik Aku dengan Arwah Atuk, Nenek dan Pak Long. Sangat-sangat. Yang indah itu adalah keakraban kami sebagai keluarga besar GOS. Adakalanya Aku rindukan momen tu..

Dari kecil sampai besar sehingga la ke akhir hayat Pak Long, dia melayan Aku dan semua anak-anak buah (sepupu sepapat malah siapa pun) dengan sangat baik. Dia seorang yang sangat baik, sangat penyayang, sangat penyabar, kelakar, soft spoken, lembut dan handal memasak. Pak Long mengajar Aku banyak perkara sewaktu duduk bersama Atuk & Nenak ketika kecil dulu. Terlalu banyak untuk dikenang. Terkesan dalam diri Aku sehingga hari ni..

Dulu, sewaktu duduk dengan Atuk & Nenak, Pak Long selalu bercerita pada Aku sebelum tidur. Bercerita tentang keturunan dan sejarah keluarga. Tentang Moyang, Atuk dan Nenek. Tentang Pak Long dan adik beradik sewaktu kecil. Tentang kehidupan zaman penjajahan. Tentang pegalamannya memasak di kem tentera. Tentang agama terutamanya. Terlalu banyak untuk Aku nukilkan disini. Masa berlalu - ada cerita yang Aku dah lupa.. Pak Long juga mengajar dan berkongsi banyak perkara dengan Aku. Pak Long adalah orang pertama yang mengajar Aku memasak.

Setiap kali Pak Long balik kerja dia pasti bawakan sesuatu untuk Aku. Tak pernah lupa. Paling tidak pun gula-gula susu kesukaan Aku. Yang Aku tak boleh lupa, Pak Long tanya samada Aku pernah makan Arnab atau tak. Balik kerja petang tu Pak Long bawa balik arnab yang dia sendiri panggang untuk Aku. Sedappp sangat! Itu pertama kali Aku makan arnab *sebak* Sekali sekala Pak Long bawa Aku ke rumah kehet, rumah kecil 1 bilik tempat Pak Long, Emak dan adik beradik membesar. Adakalanya Aku bosan di rumah, Pak Long bawa Aku bersama pergi kerja. Bila ada kelapangan atau hujung minggu Pak Long pasti bawa Aku mandi sungai dan memancing sekitar Kuala Kubu Baru. Hatta pergi melepak kedai kopi dengan kawan-kawan pun Pak Long akan bawa Aku. 

Sebahagian kehidupan Aku diwarnai Pak Long. Dari kecil sehingga besar. Pak Long tetap Pak Long seperti Aku kecil dulu. Aku tetap dapat bermanja dengan Pak Long. Tetap mendapat layanan yang sama seperti ketika masih kecil dulu. Cumanya, sejak Atuk & Nenek meninggal, Aku jarang berjumpa dan habiskan masa dengan Pak Long lagi. Sesekali Aku dan adik-adik melawat Pak Long. Adakalanya Aku dapat berjumpa Pak Long bila ada kenduri famili GOS. Yang pasti setiap kali Aidilfitri keluarga besar GOS akan berkumpul di rumah Pak Long.



Epilog

Beberapa tahun ni Pak Long kerap jatuh sakit dan pulih semula. Beberapa kali Pak Long dimasukkan ke hospital. Bila berpeluang jumpa dengan Pak Long, pasti diminta Aku mengurut kaki dan belakangnya yang lenguh sakit. Pak Long tak selincah dulu. Tak banyak bercakap atau bercerita macam dulu. Hanya senyuman yang sentiasa terukir di bibir. Kali terakhir Aku berjumpa Pak Long sewaktu di majlis kahwin cucunya Shakila - 28 Februari 2017.  Pak Long sukar berdiri. Bertongkat. Terketar-ketar. Namun Pak Long sempat pergi umrah bersama anak, menantu, adik dan anak-anak buah sebelum jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital sekali lagi.

Seminggu selepas keluar wad dari ICU, Pak Long pergi mengadap Ilahi. Pak Long pergi dengan tenang, mudah. Sayu dan sebak disaat Pak Long hembuskan nafas terakhir. Pak Long pandang adik-adik, anak dan cucu yang ada dengannya ketika tu. Pak Long pegang tangan Mak Su dan letakkan atas dada Pak Long dan hembuskan nafas yang terakhir. Alhamdulillah, tanpa kesulitan. Jenazah Pak Long dikebumikan di Tanah Perkuburan Kuala Kubu Road berdekatan pusara Atuk & Nenek. Aku akan merindui Pak Long. Al-Fathihah..


Baca Selanjutnya " Al-Fatihah | Puad B. Othman "
;